Isu anak luar nikah sering dianggap taboo dalam masyarakat kita. Kebanyakan kes anak luar nikah atau tidak sah taraf ini berlaku selepas pasangan terlanjur dan kemudiannya hamil.

Berikut adalah tafsiran anak tak sah taraf (anak luar nikah):

Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan dari persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat), mengikut Takwim Qamariah dari tarikh tamkin (setubuh).

Jika anda menonton filem Ada Apa Dengan Dosa, situasinya pula ialah; Siti Zahrah (Fasha Sandha) yang terlanjur dengan Aariz (Ashraf Muslim) meninggalkan anak perempuan mereka di Scotland selepas bayi mereka dilahirkan kerana mahu menjaga nama baik keluarga.

Kesannya, bayi tersebut yang dinamakan Aurora oleh keluarga angkatnya membesar sebagai seorang yang tidak mempunyai agama dan mengalami tekanan selepas mengetahui dia merupakan anak pungut yang diambil dari rumah anak yatim.

Sayang bukan? Seorang bayi yang tidak berdosa terpaksa menempuh kehidupan yang sukar kerana dosa silam orang dewasa.

Lebih dasyat lagi, apabila Aurora berusaha mencari ibu bapa kandungnya di Malaysia dengan bantuan Khalif (PU Riz), dia tidak diterima!

Atas alasan…MALU dan bimbang reputasi diketahui. Seperti Aariz yang sudah bergelar Ustaz dan dikenali di Malaysia sudah tentu tidak mahu rahsia silamnya diketahui umum!

Begitu juga dengan Siti Zahrah yang sudah berkahwin dengan Yusof Lee (Adam Corrie) yang naif serta tidak mengetahui tentang sejarah lampau isterinya yang pernah melahirkan anak!

Ni nak cakap sikit, tahukah anda yang Aurora boleh menikah dengan bapa biologinya Ustaz Aariz? Sebab itulah dalam filem tersebut ada babak Aurora ingin memeluk Ustaz Aariz tetapi ditegah Khaliq kerana kedua-dua mereka bukan mahram!

Lihat video ini untuk pemahaman yang lebih jelas:

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan ketahuilah, anak tidak sah taraf merupakan bayi yang tidak berdosa dilahirkan kerana kekhilafan kita bergelar manusia.

Menonton Ada Apa Dengan Dosa secara tidak langsung membuat kita semua faham tentang realiti kehidupan.

Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada filem tersebut dan percayalah, ia berlaku dalam masyarakat kita!

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.