Pelakon Ayu Raudhah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada hari ini.

Bersempena dengan itu, suaminya yang juga merupakan seorang pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim, Zaquan Adha menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta.

Bagaimanapun, menerusi ucapan yang dilampirkan dengan sepotong video yang disunting bersama beberapa gambar mereka berdua telah mencuri tumpuan wargamaya apabila turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan ‘positif’.

“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.

“Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan awak. I love you till jannah sayangku (gambar akhir tu hadiah I yang tak seberapa untuk you),” tulis Zaquan di dalam video tersebut.

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan tahniah di atas berita kehamilan tersebut selain menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada aktres jelita Itu.

“Meriahnya anak ramai, tahniah untuk awak berdua,” komen seorang wargamaya.

“Sweetnya, happy birthday Ayu, stay healthy. Semoga Allah mudahkan segala urusan you,” ujar seorang netizen.

“Wah dapat baby lagi, tahniah dan selamat ulang tahun,” kata seorang warganet.

Untuk info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!