Sunday, July 14, 2019


Pokok Senduduk

Pokok Senduduk dikenali dengan nama “gosing ”oleh masyarakat suku kaum Dusun manakala nama saintifik ialah Melastoma malabathricum L, dalam famili Melastomataceae. Pokok senduduk merupakan tumbuhan berkayu yang tumbuh sebagai pokok renek dan mudah ditemui dikawasan kebun,ladang, tepi jalan raya, tepi sungai dan kawasan hutan muda. 

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat suku kaum Dusun sebagai ubatan tradisional. Berikut merupakan kegunaan tumbuhan.

1.  Stomachica (Membaiki pencernaan)
- Akar tumbuhan dicuci hingga bersih termasuk warna putih yang terdapat pada kulit akar pokok kemudian akar tumbuhan direbus dan air rebusan di minum. Terdapat juga pengamal ubatan tradisional ditempat lain yang menggunakan akar tumbuhan ini untuk merawat sembelit dan penyakit buasir dengan meminum air rebusan akar tumbuhan ini.

2.  Antitusif (Menyembuhkan batuk)
- Akar tumbuhan dicuci hingga bersih termasuk warna putih yang terdapat pada kulit akar pokok, kemudian akar pokok direbus dan air rebusan diminum.

3. Sakit perut
- Bunga tumbuhan direndam dengan air panas kemudian air diminum.

4. Merawat luka
- Daun dihancurkan,kemudian ditampal pada bahagian luka (untuk kegunaan luaran sahaja).

5. Demam campak
Akar tumbuhan direbus dan kemudian air rebusan diminum.







Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan:

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.


 2. Abun, J. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.

No comments: