Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad S.A.W.

RM20.00

Umat Islam secara keseluruhan tentu mengetahui. bahawa Al-Qur’an suatu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang terbesar, yang sejak akhir-akhir ini dapat dikatakan. “sangat terasing”

Pengarang : Noraine Abu

Muka Surat : 359

Availability: In stock

SKU: 9789830990279 Categories: ,

Umat Islam secara keseluruhan tentu mengetahui. bahawa Al-Qur’an suatu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang terbesar, yang sejak akhir-akhir ini dapat dikatakan. “sangat terasing”. Terasing, tidak saja umat manusia – di luar lingkungan Islam, tetapi oleh sebahagian besar kaum muslimin sendiri.

Adakalanya Al-Qur’an itu oleh sebahagian kaum Muslimin dipergunakan menjadi alat penebus dosa orang lain yang telah mati, dengan cara yang beraneka bentuk, antara lain dibaca di atas perkuburan (maqrabah), dipergunakan sebagai mantera-mantera dan jampi dengan cara-cara yang bermacam-macam. dan kadang-kadang dipergunakan pula untuk melakukan perbuatan yang durjana.

Disamping itu, di antara kaum Muslimin di Malaysia selama ini sedikit yang mempelajari erti (makna) dan keterangan (tafsir) Al-Qur’an, dan para ulama yang mengajar tafsir Al-Qur’an balk di pondok-pondok. surau-surau dan masjid-masjid atau di lain-lain tempat pengajian memang sedikit sekali. Dalam mereka mempelajari dan mengajarkan kitab-kitab tafsir itu hanya sekadar “tabarruk”, mencari berkah saja. Amat sedikit sekali di antara para ulama kita yang mengajarkan dan membahas kitab-kitab tafsir dengan erti yang sebenarnya, padahal kitab-kitab tafsir itu banyak sekali.

Weight 0.635 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in