[Infografik] 3 Peringkat Kitaran Hidup Kutu

Terdapat 3 peringkat yang berbeza di dalam kitaran hidup kutu:

  • Telur kutu
  • Nimfa
  • Kutu dewasa

Kitaran hidup kutu bermaksud tempoh masa di antara telur kutu dilahirkan oleh kutu betina sehingga kutu tersebut mati. Kitaran hidup kutu berlaku sehingga kira-kira 35 hari.

Kutu membiak dengan sangat cepat. Ini kerana kutu jantan boleh mengawan dengan 18 ekor kutu betina berturut-turut tanpa rehat. Kutu betina pula hanya mengawan beberapa kali semasa tempoh dewasanya yang mana berbeza-beza bermula dari 10 ke 30 hari tetapi biasanya selama 20 hari. Ia akan bertelur sehingga 10 butir telur setiap hari.

kitaran kutu

 

  1. Dari Telur ke Nimfa: Satu minggu

Tempoh masa pengeraman telur kutu ialah kira-kira dalam satu minggu (lebih tepat lagi dalam 6 ke 9 hari) dan ini bermaksud penetasan telur kutu akan berlaku selepas tempoh masa tersebut. Telur kutu akan menetaskan nimfa dan ia berbentuk menyerupai kutu dewasa tetapi saiznya lebih kecil, berukuran dalam 1 milimeter.

  1. Dari Nimfa ke Kutu Dewasa: Satu minggu seterusnya

Nimfa akan mencapai peringkat kutu dewasa dalam masa 7 hari kemudian selepas ia berjaya melalui proses bersalin kulit sebanyak 3 kali. Dengan itu, bermula daripada telur sehinggalah menjadi kutu dewasa mengambil masa sehingga 17 hari dan kutu dewasa pula akan hidup selama kira-kira 30 – 40 hari.

  1. Peringkat Dewasa: Satu bulan

Jangka hayat kutu dewasa ialah kira-kira 30 hari. Ini bermakna apabila kutu mencapai peringkat dewasa, ia hanya akan hidup selama satu bulan. Namun sebenarnya, kutu hanya boleh hidup dalam tempoh masa tersebut dengan menjadikan manusia sebagai tuan rumahnya kerana ia perlu menghisap darah beberapa kali dalam sehari. Sekiranya ia berada jauh daripada manusia, ia akan mati dalam tempoh 48 jam.

Telur: Telur dilahirkan oleh kutu betina dan dilekatkan pada pangkal rambut berdekatan dengan kulit kepala.

 

Soalan Lazim – Kitaran hidup kutu

  • Berapa lama kutu boleh hidup?

Jika berada di atas kepala manusia, kutu boleh hidup sehingga 30 hari.

 

  • Berapa lama jangka hidup kutu jika tidak berada di atas kepala?

Sekiranya kutu berada jauh daripada manusia (di atas perabot, karpet, pakaian, katil dan sebagainya), ia boleh hidup sehingga 2 hari. Walaubagaimanapun, ini hanya terjadi kepada nimfa dan kutu dewasa manakala telur kutu pula boleh hidup sehingga 9 hari jika berjauhan dengan kepala manusia (sehingga ia menetas).

 

sikat kutu besi

 

Leave a comment