Telur Kutu vs Kelemumur: Bagaimana Untuk Membezakannya?

Bagaimana untuk membezakan antara keduanya? Semasa anda memeriksa rambut anak anda dan ternampak bintik putih bersaiz sekecil biji bijan: adakah ia telur kutu, habuk rambut ataupun hanyalah kelemumur?

Perbezaan utama di antara telur kutu dan kelemumur adalah telur kutu melekat pada batang rambut: ia melekat dengan kuat dan sukar untuk dikeluarkan. Sebaliknya kelemumur pula tidak melekat pada rambut dan mudah untuk dibuang.

  • Kelemumur adalah satu bentuk biasa ekzema kulit, juga dikenali sebagai dermatitis seborea. Ia dipercayai kerana lebihan pengeluaran minyak oleh kulit dan dipanggil kelemumur apabila ia memberi kesan pada kulit kepala. Ciri-ciri kelemumur seperti menggelupas dan berwarna putih kekuningan pada bahagian tertentu serta boleh megakibatkan kulit berwarna merah dan gatal-gatal.
  • Telur kutu kelihatan seperti bintik putih kekuningan pada rambut anda dan bersaiz sekecil biji bijan. Ia sepanjang 0.8 milimeter dan selebar 0.3 milimeter. Apa yang berlaku ialah telur kutu berwarna kelabu atau coklat ketika ditelurkan oleh kutu betina dan bertukar daripada warna kuning kepada putih apabila telur tersebut menetas.

Telur Kutu vs Kelumumur

Sebagaimana yang diketahui, telur kutu sememangnya sukar untuk dilihat. Selepas menetas, kulit telur akan terus berada pada rambut untuk beberapa bulan seterusnya, ia melekat dengan kuat pada batang rambut. Di dalam hal ini, telur tersebut akan bertukar menjadi warna keputihan. Akan tetapi, telur kosong mudah dikelirukan sebagai kelemumur jika melihat pada warnanya. Untuk memastikannya, sikat rambut dan sekiranya ia masih melekat, itu tandanya ia adalah telur kutu.

Kelemumur biasanya terdapat di seluruh kulit kepala manakala telur kutu pula biasanya terletak pada bahagian tertentu terutamanya di belakang telinga dan kawasan berdekatan leher kerana kutu betina lebih suka bertelur di tempat tersebut. Tetapi sekiranya anak anda teruk dijangkiti kutu, anda akan dapati bahawa telur kutu berada pada keseluruhan kepalanya.

Satu lagi perkara penting ialah telur kutu yang hidup akan berada dalam jarak satu sentimeter daripada kulit kepala ataupun kurang. Jika anda terjumpa telur kutu yang berada jauh daripada kulit kepala, ianya sama ada telah mati atau tidak mampu untuk hidup, jadi anda tidak perlu bimbang mengenainya.

Perlu diingatkan bahawa satu-satunya kriteria untuk memastikan sama ada anda mempunyai kelemumur atau telur kutu adalah memnyikat rambut anda dengan menggunakan sikat kutu yang efektif: telur kutu akan terus melekat manakala kelemumur pula akan terkeluar.

sikat kutu besi

Photo Credit:

Leave a comment