7 Kebaikan Plank

7 Kebaikan Plank

  1. Memperbaiki  Bentuk Dan Prestasi Otot Teras

  • Plank adalah senaman ideal untuk otot abdomen kerana ia melibatkan semua kumpulan otot teras utama termasuk transverse abdominus, rectus abdominus, otot oblique luaran dan glutes.

  1. Memperbaiki Keseimbangan Seluruh Badan

  • Sekiranya anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat, ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang diperlukan.
  • Oleh itu, senaman plank ‘side  palnks’ dan ‘planks with extensions’ akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi dalam semua jenis aktiviti sukan.

  1. Peningkatan Metabolisme

  • Planking adalah cara yang terbaik untuk mencabar seluruh badan anda kerana melakukan senaman ini setiap hari akan membakar lebih banyak kalori berbanding senaman abdomen tradisional yang lain, seperti crunches atau sit-up.

  1. Mengurangkan Risiko Kecederaan Bahagian Tulang Belakang

  • Selain membantu untuk membina otot, melakukan senaman plank dengan kerap juga dapat mengurangkan sakit belakang serta dapat menguatkan otot-otot bagi memastikan sokongan kuat untuk seluruh belakang anda, terutamanya di bahagian atas belakang.

  1. Meningkatkan Fleksibiliti

  • Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman plank secara kerap, kerana senaman ini mengembang dan menarik seluruh kumpulan otot posterior anda (bahu, tulang belikat dan tulang selangka) dan ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda.

  1. Dapat Memperbaiki Postur Tubuh Badan 

  • Plank akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil.
  • Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan belakang, leher, bahu dan dada anda.

  1. Meningkatkan Kesihatan Mental

  • Senaman plank dapat memberi impak kepada sistem saraf, menjadikannya satu cara yang terbaik untuk meningkatkan mood.
  • Bagaimana? Senaman ini meregangkan kumpulan otot yang memberi rasa stress dan ketegangan dalam badan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *