Anda di halaman 1dari 2

Muslimah Seperti Pohon Semalu

AHD, 02 OKT 2011 22:05 | DALILA HANIM | SRINKANDI MALAM



"Cuba tengok pokok ini. Apa nama pokok ini?" Faris Haikal cuba menguji minda
anak muridnya.

"Pokok semalu." Semua serentak menjawab.

"Wah! Pandai adik-adik ini. Siapa tahu apa kelebihan pokok semalu?" Faris
Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat
untuk mendengar syarahan daripadanya.

"Hmm. Susahlah soalan itu. Oh,ye. Zaki rasa, mungkin sebab ia pemalu. Dulu
arwah mak pernah tunjuk pokok ni pada Zaki." Zaki dengan beriya menjawab
soalan gurunya itu.

"Hehe...Aduhai...comel sungguh adik Zaki ini. Betul juga jawapan itu. Untuk
pengetahuan semua, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya
'Mimosa Pudica' ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila
disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh
kita kaitkan dengan pokok ini? Boleh bagi contoh, Siddiq?"
Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia
seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari
adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.
"Hmm...Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!" Semua terus
mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.

"Wah, bagus jawapan itu. Cuba Siddiq terangkan." Faris Haikal teruja dengan
jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang
dunia kini.

"Yelah, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok semalu
ini kalau kita tengok, apabila kita sentuh, ia tertutup. Ini menunjukkan ia nak
melindungi dirinya. Tapi, perempuan zaman sekarang tidak tahu malu!" Bukan
main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah
mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

"Betul! Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai
tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan
membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup
dirinya." Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula
mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

"Oo..tapi, kalau pokok semalu ini sudah tutup tapi orang ingin memegang juga
macam mana?"Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.

"Tangan orang itu akan terluka sebab pokok semalu ada duri!" Faris Haikal
menangkis hujah Aiman.

"Jadi, kalau orang itu cabut juga pokok ni?" Aiman seperti mahu melontar
provokasi.

"Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-
Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan
jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut
pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya.
Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan
pengajaran yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian.
Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti
mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.
Peliharalah aurat kita wahai muslimah, pelihara ia dengan sebaiknya.
Glosari
1) Sunnatullah=Kejadian yang menjadi fitrah dunia (ciptaan Allah yang
mempunyai hukum yang tersendiri. Contohnya: Proses siang dan malam,
perkahwinan, proses kejadian manusia dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai