Anda di halaman 1dari 5

Konsep Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim
zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh
pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,
logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
Punca-Punca Pencemaran Udara

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat
bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.
Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses
pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali
ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan
meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan
industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya,
keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang
kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak
penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh
negara seolah-olah diselubungi 'asap'.
http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/punca-punca-pencemaran-udara.html

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya


Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara
Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara.
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah
1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh
mencemarkan udara persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap.
Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan
undang-undang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan
minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan
asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya
yang menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat
catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur,
penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan
pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat
mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!
3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang
terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa
berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di
stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik,
biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah
dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.
4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan
pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di
kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika
dahulu.
Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas
seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera
dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian
jerebu yang amat teruk.
Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan
makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.
6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan
yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk
mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat
mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana
kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan
gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan
perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan
pernafasan.
Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentuk awan tiruan
dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah
menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-pencemaran-udara-dan.html

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar


Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang
meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan
industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah
pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa
manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih
untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan
pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada
oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini
mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam
proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan
kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan
menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas
bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah
kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-alamsekitar/

Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara


Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :
~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan
masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan
juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan
boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada
peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama,
kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas
baru.
~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara.
Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan
adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.
~penguatkuasaan undang-undangPihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi
mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti
alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.
~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam
sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar
bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan-kesan.html

Anda mungkin juga menyukai