Anda di halaman 1dari 1

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA DI SEMENYIH

Pembakaran terbuka

Asap Kenderaan Bermotor

Pembangunan

Pembakaran terbuka
Salah satu faktor yang menjadi punca pencemaran udara di kawasan Semenyih ialah pembakaran terbuka.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau
dedaun pokok. Sesetengah penduduk pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Ada pula sesetengah pekebun yang membakar kawasan tamanan sebelum melakukan
penanaman semula. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan
pencemaran udara dikawasan perumahan yang terlibat.

Asap kenderaan bermotor


Kenderaan motor adalah penyumbang utama pencemaran udara. Masyarakat moden di Semenyih amat
bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan motor. Peningkatan jumlah kenderaan
adalah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga
yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap
dan bunyi bising yang membawa kesan yang buruk.
Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor di Semenyih menyebabkan jumlah asap yang dilepaskan dari
paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta
tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal serta kotor dan berlakulah
jerebu.
Pembangunan
Pembangunan pesat di Semenyih khasnya kawasan perumahan yang pesat membangun dan perindustrian
kilang merupakan salah satu punca pencemaran udara. Banyak kawasan hutan telah diterokai untuk tujuan
pembangunan ini. Contohnya,debu-debu yang dihasilkan dalam proses penbangunan boleh menyebabkan
pencemaran udara. Selain dari itu, kilang-kilang juga melepaskan asap yang kotor dan bertoksik.

Anda mungkin juga menyukai