Pembakaran terbuka
Pembangunan
Pembakaran terbuka
Salah satu faktor yang menjadi punca pencemaran udara di kawasan Semenyih ialah pembakaran terbuka.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau
dedaun pokok. Sesetengah penduduk pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Ada pula sesetengah pekebun yang membakar kawasan tamanan sebelum melakukan
penanaman semula. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan
pencemaran udara dikawasan perumahan yang terlibat.