Pertama sekali, ibu bapa sepatutnya menyelitkan unsur agama dan moral dalam
mendidik anak-anak mereka. Hal ini amat signifikan kerana pendidikan agama dan
moral mampu menyedarkan anak-anak mereka tentang dosa dan pahala. Anak-anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Oleh itu, ibu bapa perlu
memberitahu isu tentang pembuangan bayi serta menerangkan kesannya melakukan
pembuangan bayi. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir
dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana
bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu
bapa harus sentiasa memantau anak-anak mereka apablia mereka berada di luar. Hal
ini demikian supaya dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam pergaulan
bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.
Seterusnya, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi isu pembuangan bayi di Malaysia. Media massa seperti television perlu
menayangkan iklan tentang kes pembuangan bayi. Sebagai misalan, pihak media
massa boleh menyelitkan unsur pengajaran yang penting dalam iklan tersebut iaitu
menjelaskan kesan buruk membuang bayi. Sementara itu, pihak media massa boleh
memaparkan video tentang kes pembuangan bayi mengikut tahun. Dengan berbuat
demikian, orang awam akan mengetahui betapa kesiannya bayi-bayi yang terkorban
tersebut. Selain daripada itu, media elektronik seperti facebook, whatspp dan lain-lain
boleh memaparkan berita-berita tentang kes pembuangan bayi. Dengan itu, seluruh
masyarakat terutamanya anak-anak muda akan memandang serius terhadap isu ini
serta mengambilnya sebagai ikhtibar dalam kehidupan harian.
Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama untuk
mengatasi kes pembuangan bayi. Kini, cadangan penubuhan Tabung DNA merupakan
satu langkah yang perlu disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini,
ibu bapa yang terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan.
Hal ini demikian kerana setiap bayi yang dilahirkan akan diambil sampel DNAnya untuk
simpanan pihak hospital. Penubuhan Baby Hatch juga mampu mengatasi kes
pembuangan bayi. Dengan itu, bayi ibu bapa akan meletakkan bayi mereka dalam
pelindung bayi sebaliknya membuang bayi di tempat lain.
Penubuhan Pelindung Bayi
Bagi remaja ataupun anak yang berumur 18 tahun ke bawah, pihak bimbingan
dan kaunseling perlu memberikan nasihat yang berkaitan kepada mereka. Perkara ini
seharusnya dipandang berat kerana nasihat yang bermakna akan mendorong
seseorang untuk berkelakuan baik pada bila-bila masa tanpa mengira di mana-mana
sahaja. Kaunselor sekolah ataupun kaunselor pihak berkenaan perlu menerangkan
serta menegaskan keburukan melahirkan pergaulan seks kepada anak-anak muda.
Selain itu, pihak kaunselor boleh menyalurkan nilai-nilai positif kepada mereka.
Antaranya termasuklah nilai menyayangi diri sendiri, nilai menghargai diri sendiri, nilai
taat akan ibu bapa, nilai menjaga imej keluarga dan negara, dan sebagainya.
Tuntasnya, isu pembuangan bayi ini haruslah diberi perhatian yang sewajarnya
oleh setiap pihak supaya gejala ini tidak terus menjadi barah yang mampu menjejaskan
imej negara pada suatu hari nanti. Para remaja merupakan aset negara kerana mereka
merupakan pelapis pemimpin untuk memimpin negara. Segelintir rakyat kita seolah-olah
telah kehilangan pedoman diri sehingga sanggup menganiayai nyawa bayi yang tidak
berdosa. Segala langkah yang dinyata di atas haruslah difahami dan dilaksanakan oleh
semua pihak agar kes pembuangan bayi tidak akan berlaku lagi.