Anda di halaman 1dari 27

I’jaz al-Quran

 Kepentingan I’jaz al-Quran


 Ciri I’jaz al-Quran
o mewujudkan rasa takjub kepada diri pengkaji
o tidak pernah jemu membaca
o kata-kata di dalamnya tidak mampu dicipta
o hukumnya lengkap
o Interaksi Allah kepada manusia
o bahasanya tinggi
o mengandungi unsur estatika
Al-Quran yang bersifat sebagai
sumber rujukan utama bagi umat
Islam sudah pasti mempunyai
pelbagai keistimewaan yang tidak
dapat ditandingi sama sekali oleh
kemampuan akal manusia.
Keistimewaan inilah diistilahkan
sebagai mukjizat al-Quran
6.1 KONSEP MUKJIZAT
Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak
terdaya untuk melakukan apa yang dicabar al-Quran. Ia bertujuan
untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran dan
Rasul yang membawanya juga adalah benar. Begitu jugalah
keadaan seluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia bukanlah
untuk melemahkan makhluk sahaja sebaliknya untuk membuktikan
rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yang mereka bawa
datang dari Allah Swt. Lantas manusia merasakan di sebalik
mereka lemah menghadapi mukjizat kepada perasaan dan
keimanan bahawa mukjizat ini datang daripada Yang Maha
Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk
mempercayai Rasul yang membawanya dan seterusnya mereka
akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhira
• 6.1.1 Mukjizat Al-Quran dan Kadarnya
Sejarah penentangan golongan kuffar terhadap
kebenaran al-Quran dan cabaran al-Quran
supaya mereka mendatangkan surah-surah
seperti al-Quran berlaku dalam beberapa
keadaan. Mereka tidak mempercayai al-Quran
bahawa ia datang daripada Allah (s.w.t). Lalu
Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka
mencipta al-Quran bermula dengan seluruh al-
Quran.
• Kemudian cabaran supaya golongan ini datangkan
sepuluh surah seperti dalam al-Quran dan
terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan
satu surah seperti dalam al-Quran. Kesemua cabaran
tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalam
setiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod
oleh Allah dengan menyatakan golongan ini tidak
akan dapat melakukan selama-lamanya seumpama
satu surah seperti al-Quran. Di sini jelas bahawa
kadar kemukjizatan al-Quran adalah kadar surah
yang terpendek dalam al-Quran.
• Adapun mereka yang berkata bahawa
mukjizat hanya untuk seluruh al-Quran
bukan sebahagiannya adalah tidak benar.
Pandangan ini dikemukakan oleh
golongan Muktazilah ataupun orang yang
mengatakan bahawa mukjizat al-Quran
terjadi walaupun kurang satu surah,
pandangan-pandangan itu adalah tersasar
jauh daripada kebenaran
• Dalam menentukan kadar kemukjizatan
dalam al-Quran, Shaykh Manna’ al-Qattan
(‫)مناع القطان‬menegaskan bahawa:
– “Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar
tertentu, ini kerana kami mendapati mukjizat
juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga
dalam kalimah-kalimahnya. Begitu juga ia
terdapat dalam ayat dan surah. Justeru al-
Quran iu adalah kalamAllah (s.w.t.) dan cukup”
6.2 KEMUKJIZATAN BAHASA
• Bahasa al-Quran ialah bahasaArab. Penggunaan gaya
bahasanya begitu canggih dan murni. Ia mengandungi
ciri-ciri yang tidak dapat dijumpai dimana-mana
percakapan manusia dan ini tidak syak lagi bahawa ia
adalah mukjizat dan kemukjizatan ini lebih terserlah
apabila ia mencabar pakar-pakar bahasa ketika itu tetapi
mereka kelu, bisu dan lemah untuk menyahut cabaran al-
Quran. Sedangkan ketika itu kemajuan bahasa begitu
tinggi sehingga mereka mengadakan pertandingan syair
dan mereka yang menang syairnya akan diberi
penganugerahan dengan menggantungkannya di dinding
ka`bah
• Peredaran masa telah menyaksikan
bahawa bahasa Arab sejak al-Quran
diturunkan sehingga ke hari ini mengalami
tempoh-tempoh yang berbagai.
Adakalanya ia maju dan turun. Pada
ketika lain, ia berkembang dan mengecut,
berlaku juga ia amat aktif dan jumud,
terdapat juga ia bertamadun dan mundur.
• Walau apapun yang berlaku pada tempoh-
tempoh tersebut namun al-Quran tetap
berada dipuncaknya menerangi cahaya
dan hidayah, melimpahi kelembutan dan
kemegahannya. Dan begitulah ia tetap
segar dan menarik sambil membawa pergi
mukjizat serta mencabar seluruh umat di
alam ini dengan penuh keyakinan dengan
berkata:-
• Al-Quran dengan kekuatan bahasanya dan kelemahan
bangsa Arab mengatasinya tidak pernah terkeluar dari
susunan bahasa percakapan mereka samada dari sudut
lafaz, huruf dan gaya bahasa. Akan tetapi susunan huruf
dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya, kemanisan
urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah
ismiyah dan fi’liyyah,ayat-ayatnya dalam bentuk penafian
dan ithbat, al-zikr dan al-hazf, ta’rif dan tankir, al-taqdim
dan ta’khir, haqiqat dan majaz, ithab dan ijaz dan lain
semuanya ini meletakkan al-Quran berada dipuncak dan
ia melemahkan kekuatan manusia untuk mengatasinya
• Mukjizat juga terdapat dalam susun atur
suaranya yang menarik semasa membaca
huruf hurufnya, dan ketika mendengar
baris, sukun, mad, dengung, ceraian
ayatnya. Ini semua tidak pernah menjemu
pendengaran bahkan ia sentiasa menuntut
supaya ditambahkan bacaan.
• Mukjizat juga berada dalam lafaznya yang
menyempurnakan setiap makna kini pada
tempatnya. Tidak ada satu lafaz pun yang
dikatakan sebagai penambah kepada
makna (za’id). Dan tidak ada seorang
penyelidik pun yang terjumpa satu tempat
dalam al-Quran dan menyatakan bahawa
tempat ini memerlu kepada satu lafaz untuk
menyempurnakan makna yang kurang
• Bangsa Arab tidak sekali-kali mempunyai kalam
yang sempurna dan setara dengan kalam al-
Quran dari sudut fasahah, keunikan, makna-
makna yang halus, kaedah-kaedah yang
banyak, hikmah-hikmah yang berbagai.
Hukum-hukumnya dijelaskan dalam kalimah
dan lafaz yang sedikit berbanding penyair Arab
yang melontar idea melalui qasidah yang
meleret-leret dan kekurangan makna serta
bercanggah.
• Sesungguhnya al-Quran datang walaupun
sebahagian ayatnya panjang tetapi
menepati fasahah sebagaimana Allah Swt
menyifatkannya dengan berfirman
                            

                             

                           

23. Allah telah menurunkan Perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi
berulang-ulang [1312], gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi
tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa
yang dikehendaki-Nya. dan Barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.

[1312] Maksud berulang-ulang di sini ialah hukum-hukum, pelajaran dan kisah-kisah itu diulang-ulang menyebutnya dalam Al Quran supaya
lebih kuat pengaruhnya dan lebih meresap. sebahagian ahli tafsir mengatakan bahwa Maksudnya itu ialah bahwa ayat-ayat Al Quran itu
diulang-ulang membacanya seperti tersebut dalam mukaddimah surat Al Faatihah.
6.3 KEMUKJIZATAN ILMIAH (SAINS)
• Tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk
memberi hidayah kepada manusia dalam
melakukan ibadah kepada Allah Swt.
Kesempurnaan syariat dalam al-Quran
telah dijelaskan Allah Swt di dalam surah
al-Maidah, ayat ke-3
• Ramai di kalangan manusia telah tersasar
dari kebenaran ketika mana mereka begitu
bersungguh-sungguh untuk menetapkan
bahawa al-Quran mengandungi semua
teori sains. Setiap kali timbul teori baru
dalam sains mereka berusaha mentakwil
dan mentafsir al-Quran menepati teori
tersebut
• Punca kesilapan dalam hal ini ialah teori sains itu
sendiri yang menerima perubahan mengikut
peredaran zaman kerana menempuh era
kemajuan. Justeru teori itu sentiasa dalam
kekurangan dan kadang-kadang ia berbentuk
kabur dan adakalanya ia satu kesalahan. Selain
itu, banyak teori sains yang menerima perubahan,
ada juga selepas teori tersebut diterima pakai ia
sebenarnya adalah batil dan dibuang. Lantas
pengkaji mula mencuba teori yang lain
• Orang yang menafsir al-Quran mengikut aliran sains dan
berusaha untuk mengeluarkan teori tersebut dari al-
Quran dalam setiap masalah yang lahir dalam kehidupan
sains, sebenarnya mereka telah melakukan sesuatu yang
tidak elok terhadap al-Quran dalam keadaan mereka
merasakan telah melakukan yang terbaik kepada al-
Quran. Teori sains sebenarnya tunduk kepada kemajuan
dan ia akan berubah, teori tersebut boleh terbatal. Dan
jika kita menafsirkan al-Quran dengan cara tersebut,
sebenarnya ia telah mendedahkan kepada satu perkara
yang batil setiap kali teori sains itu berubah
• Sebenarnya mukjizat sains dalam al-Quran bukan
mengandungi teori-teori sains yang selalu berubah
mengikut peredaran masa, tetapi ia menggalakkan
manusia ke arah berfikir. Ia menggalakkan manusia
berfikir tentang alam serta memerhatikannya dan jangan
sekali-kali lemah berfikir dalam perkara itu. Apa jua teori
sains yang terbukti keyakinannya adalah menepati apa
yang digalakkan dalam al-Quran iaitu dengan berfikir
secara sempurna. Ia sekali-kali tidak bertentangan
dengan kemajuan sains pada hari ini yang teorinya tidak
sekali-kali bertentangan dalam alirannya adalah menepati
dengan alQuran. Ini merupakan I’jaz
• Al-Quran al-Karim menjadikan pemikiran
yang betul dan pemerhatian yang tepat
terhadap alam ini adalah antara jalan yang
terpenting beriman kepada Allah Swt. Ia
menggalak kepada berfikir tentang
kejadian Allah Swt samada di langit atau di
bumi. Firman Allah Swt
                          

                            

                           

      

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-
tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan
ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.
6.4 KEMUKJIZATAN TASHRI’ (PERUNDANGAN)

• Allah (s.w.t.) telah menjadikan dalam tubuh manusia


kemahuan yang bertindak pemberi kesan dalam
kelangsungan hidup. Jika akal yang sempurna
menjaga tuannya dari kelalaian dan kejahatan tetapi
nafsu yang menyeleweng melawan dan mengatasi
kekuatan akal. Akal tidak akan berjaya selama-
lamanya. Kerana itulah untuk meluruskan
kehidupan manusia ia mestilah dididik dengan cara
tertentu sehingga mereka terdidik, berkembang dan
membawanya ke arah kebaikan dan kejayaan
• Manusia bersifat ketamadunan. Ia memerlukan
kepada orang lain dan orang lain juga memerlukan
kepadanya. Kerjasama sesama manusia adalah
satu kemestian dalam kehidupan bermasyarakat
yang wajib ada dalam ketamadunan manusia.
Banyak terjadi manusia menzalimi saudaranya
kerana faktor penguasaan dan ego. Dan jika
manusia tidak ditentukan kaedah hubungan
mereka, sistem kehidupan, hak-hak dan juga
maruah sudah tentu akan berlaku kucar-kacir dan
haru biru
• Justeru masyarakat manusia memerlukan satu
sistem yang memandu mereka dan
menentukan keadilan dalam setiap individu.
Manusia semua telah mengetahui melalui
sejarah bahawa telah banyak mazhab, teori,
sistem, perundangan yang dicipta untuk
memandu manusia ke arah kebahagiaan, tetapi
semuanya tidak mencapai matlamat
sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran
melalui I’jaz perundangannya
• Quran bermula dengan tarbiyah individu
kerana ia merupakan satu juzuk masyarakat.Ia
mendidik dengan membebaskan perasaan dan
sanggup memikul tanggungjawab. AlQuran
memerdekakan hati manusia dengan aqidah
tauhid yang ikhlas, melepaskannya daripada
perhambaan hawa nafsu sehinggalah menjadi
hamba yang benar-benar ikhlas kepada Allah
Swt

Anda mungkin juga menyukai