Oleh pada 05 Mar 2019 kategori

Satar merupakan makanan ringan tradisional dari Terengganu yang diperbuat daripada ikan.

Ia adalah hidangan istimewa Terengganu yang merupakan campuran kelapa parut dan daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia kemudian dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan menjadi segi tiga piramid.

Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Teksturnya seperti otak-otak iaitu antara kek ikan di Malaysia.

Satar perlulah tidak dikelirukan dengan sate, sebuah lagi sajian lain yang terkenal di Malaysia.

Bahan utamanya ialah kelapa dan ikan.

 

Satar 

  

Kredit foto: Liza Za (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

  

Bahan-bahan: 

  • Isi ikan tenggiri (400g) - dibuang kulit dan tulang
  • Air asam jawa (100ml)
  • Buah keras (8 biji)
  • Halia (2cm) - dicincang halus
  • Bawang merah (3 biji) - dihiris
  • Bawang putih (1 ulas) - dicincang
  • Kelapa parut putih (150g)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (1/2 camca)
  • Belacan (1 camca)
  • Lada merah (2-3 biji) - dicincang
  • Serbuk lada (1-2 camca)
  • Daun salam (1 helai) - dimayang
  • Daun kunyit (1 helai) - dimayang
  • Daun pisang - dipotong empat segi dan dilayurkan
  • Batang buluh halus (sepanjang 30cm )

 

Cara memasaknya: 

1. Rebus isi ikan sehingga masak dan dihancurkan.

2. Campur dengan semua bahan.

3. Bentukkan daun pisang seperti kon.

4. Isikan 2-3 camca campuran ikan tadi.

5. Bungkus dengan kemas dan cucukkan pada batang buluh.

cara bungkus satar

6. Cucukkan 4-5 satar pada setiap satu batang buluh.

7. Bakar di atas bara api sehingga keperang-perangan.

 

Tips: Proses membakar perlulah berhati-hati dimana jangan sehingga daun pisang terbakar dan hangit menyebabkan satar akan rasa tidak sedap dan hangus.

 

Sumber:

1. Hairul Nizam Ijam [1, 2]

2. Wikipedia Satar




Hakcipta iluminasi.com (2017)