Masih Ingatkah Pada Wartawan Senior TV3, Datuk Karam Singh Walia? Ini Perkembangan Terkini Beliau

Datuk Karam Singh Walia. Siapa yang tidak kenal otai ini? Beliau sering muncul menerusi siaran Buletin Utama.

Dilahirkan dalam keluarga bekas polis Punjabi Sikh di Teluk Intan, Perak pada 1959, Datuk Karam Singh Walia merupakan wartawan penyiaran di stesen televisyen swasta negara, TV3 yang telah berkhidmat sejak dari tahun 1995 hingga bersara pada 2014.

Semasa di TV3, Datuk Karam memenangi pelbagai anugerah kewartawanan atas pelbagai laporan eksklusif mengenai isu-isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Beliau terkenal dengan gaya laporan uniknya yang akan diakhiri dengan peribahasa dan pantun-pantun yang cukup mendalam serta mencuit hati. Gaya laporannya itu membantu melonjakkan populariti siaran berita Buletin Utama TV3 untuk sekian lama.

Bekas guru sekolah menengah dan pensyarah universiti itu sebenarnya menjadi wartawan secara tidak sengaja.

Dalam temubualnya bersama TheSun, Datuk Karam Singh Walia menceritakan sejarah bagaimana dirinya boleh berkecimpungan dalam dunia kewartawanan.

“Penyertaan saya dalam bidang kewartawanan, tidak dijangka. Terdapat wabak denggi kronḭk di kawasan perumahan saya yang meragut beberapa nyawa. Saya menghubungi majlis tempatan tetapi tiada tindakan diambil.

Karam Singh Walia

“Saya masih ingat apabila seorang pegawai majlis mengejek dan mencabar saya untuk melakukan sesuatu mengenainya. Itulah yang menyuntḭk semangat saya.

Sudah tentu keputusan saya meninggalkan bidang akademik mengejutkan keluarga saya, tetapi keputusan saya adalah untuk menggoncang dan menggetarkan orang yang salah,” katanya.

Dalam satu kejadian yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2000, ketika mendedahkan kemerosotan alam sekitar secara besar-besaran di Cameron Highlands, Karam telah dikejar oleh beberapa penyɛrang yang bersɛnjatakan parang di Brinchang dan dia terpaksa mencari perlindungan di balai polḭs daerah.

“Ramai orang cuba menutup mulut saya. Saya telah mengalami kerugian peribadi dan ancaman terhadap kesɛlamatan keluarga saya. Rumah saya dipecah masuk, digeledah dan kereta saya dicuri pada 2009,” katanya.

Beliau turut menitiskan air mata apabila mengenangkan hari pelaporannya kerana mengakui tidak dapat meluangkan banyak masa untuk melihat tiga anaknya membesar.

“Ini adalah salah satu pengalaman sedih saya. Saya tidak dapat melihat anak-anak saya membesar. Malah makan malam untuk saya adalah pada pukul 2 pagi. Saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak saya memahami profesion saya. Tanpa pengorbanan mereka, tiada apa yang akan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Datuk Karam Singh telah memenangi empat kali anugerah Malaysia Press Institute “Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik” pada 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan dua kali “Anugerah Seri Angkasa”.

Beliau telah dikurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang pada tahun 2011.

datuk karim singh walia

Karam Singh Walia  kini bersama Jabatan Relawan Malaysia (Rela) sebagai penolong pesuruhjaya kehormat bagi kontinjen Sabah. Beliau sedang menetap bersama keluarganya di Klang, Selangor.

Nama beliau kembali diingati selepas tṳlar satu video kompilasi dirinya sebagai wartawan di laman tiktok. Setakat ini, vḭdeo tersebut mendapat sebanyak 1.5 Jṳta tontonan dan lebih 100 ribu tanda sukaan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan mereka rindu akan wartawan yang bersemangat itu. Ramai mengakui suka pada gayanya yang lain daripada lain, dek yang sering memberikan pantun dan sindiran secara halus semasa menjadi wartawan dahulu.

Satu fakta menarik berkaitan Datuk Karam Singh Walia ini, beliau memiliki sebuah buku yang mengandṳngi lebih 4,000 peribahasa Melayu yang beliau bawa ke mana-mana sahaja sebagai rujukan.

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment