>Zaquan Adha dan Ayu Raudhah Nikah Jumaat Ini Di Alor Star

>Salam Pembaca Izamir Ridzwan,

Hah sapa orang Alor Star atau pon yang tinggal berdekatan dengan Alor Star..?? Huh ni ada berita baik (baik la kan, orang nak “dirikan masjid”) untuk uolls semua.. Dikhabarkan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan bernikah Jumaat ini di Masjid Sultanah Bahiyah selepas solat jumaat.. Zaquan Adha dan Ayu Raudhah telah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.. Syukur lah kan mereka dah nak bernikah..  Tunang lama- lama pon tak elok..

SEREMBAN: Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.
β€œKira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.
β€œSaya berdoa agar semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar kerana ia hari paling penting dan detik bersejarah bagi diri saya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam... BERITA SELANJUTNYA

P/s :  Jom kita gi photoshoot diorang..

33 thoughts on “>Zaquan Adha dan Ayu Raudhah Nikah Jumaat Ini Di Alor Star

Leave a comment