Ayam

Kerutuk Ayam


Ashik masak rendang dan kari ayam aje…nak tukar seleralah pulak….kat giant nampak rempah kerutuk ayam dan daging keluaran adabi…nak cuba buatlah….

Bahan-bahan

1. 500gm ayam
2. 1 peket serbuk kerutuk (28gm)
3. 50gm kerisik
4. 300ml santan pekat
5. 1 sudu makan jus asam jawa
6. garam se cukup rasa

Bahan A

1. 10 biji bawang merah) di tumbuk atau
2. 5 ula bawang putih ) di kisar halus

Bahan B

1. 5 ulas bawang putih)
2. 1/2 inci halia ) ditumbuk atau di kisar halus
3. 1/2 inci lengkuas
4. 2 batang serai di titik

Cara-cara

1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dengan air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai.
4. Bila berbau wangi, masukan bancuhan pes rempah dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat dan air asam jawa.
6. Masak sehingga pekat.

p/s oleh kerana tiada cili dalam rempah..jadi bagi pencinta pedas macam akak ni terpaksalah masukkan cili api…barulah best….

6 thoughts on “Kerutuk Ayam”

  1. sedapnyer kakkk..yummy!!!letak katak ble???ehehehehe….akak…salah kakk…sejenis semut…..sila cari!!!bukan senang nak bagi pizza voucher free nie…

Tinggalkan komen