32.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
KEMPEN IKLANShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuih Cakoi & Kuah Pandan

    Shopee CNY Sale

    KUIH CAKOI & KUAH PANDAN

    Bahan-bahan Kuih Cakoi:

    • 250gm tepung gandum
    • 140 ml air + 1 biji telur
    • 1/2 paket yis
    • 1 sudu teh baking powder
    • 2 sudu besar gula
    • 1 1/2 sudu besar minyak masak
    • 1/2 sudu teh garam
    1. Campurkan semua bahan kuih cakoi dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
    2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli adunan hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
    3. Canai doh hingga tebal 1cm. Potong kecil-kecil dan lapikkan dengan air di tengah doh.
    4. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
    5. Tarik doh dan goreng dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

    Kuah Pandan:

    • 1 1/2 sudu makan tepung kastard
    • 1 cawan susu segar (boleh guna santan)
    • 3 sudu makan susu pekat manis (boleh gantikan dengan gula)
    • Sedikit pes pandan (boleh gantikan dengan air daun pandan)
    1. Masukkan semua bahan kuah pandan dalam periuk. Masak dengan api sederhana sambil kacau sehingga pekat.
    2. Sejukkan dan hidangkan bersama kuih cakoi.

    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANShopee SaleShopee Sale

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.