Posted by: abusyakirin | 16 Februari 2010

Silat Jatuh Warisan Kelantan

Pelancong sangat meminati Silat Jatuh yang kaya dengan Kesenian (Terkenangkan Pendekar Bujang Lapok)

Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.
Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belum  diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya.
Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah dalam 4 penjuru.
Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara berlawan(bergomol). Didalam  silat ini tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.

Latihan

Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar.  Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.
Unsur Humor diselitkan semasa persembahan
HAKIKAT PERGERAKAN BUNGA DAN RAHSIA

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.

Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai ‘tari sembah’ termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga.

Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

Silat Jatuh Sungguh Berseni dan Beradab

Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).

Silat Jatuh terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah ‘melilit’. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan ‘terbelit’ dalam kuncian pesilat aliran ini.

Guru Silat Jatuh ambo C.Inspektor Syed Harun Tuan Besar @ A.Aik

Sundang Geliga  Mata Berkait,

Langkah Sembah Bersama Tari,

Sekilas Pandang Pendekar Syed,

Bunga Jurus Penuh Berisi

Bunga tari jurus berisi,

milik Panglima KeBawah Duli,

kalau ingin jurus dimiliki,

Pendekar Syed sedia memberi

Bukan mudah ilmu diberi,

Harus cekal berhati murni,

Tujuh bunga sebagai ufti,

Berguru dengan Pendekar Sejati,

Bukit Aman nama diberi,

Jalan sukar ranjau berduri,

Jika jurus tak penuh dimiliki,

Jangan cuba hendak didaki.

Ramai Pendekar cuba mendaki,

Untuk bertemu Guru sejati,

Hati jujur tidak dimiliki,

Jurus Tari memakan diri.

Langkah diatur berhati-hati,

Jurus tari perlu dimiliki,

Petua guru haruslah ditaati,

Agar ilmu sakti diberkati,

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Respon

  1. Assalamualaikum,
    Salam se-Gayong

    Agak sukar bagi saya untuk menentukan perbezaan silat tari dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kedah, dan Terengganu.

    Namun bagi pengelihatan mata kasar saya yang daif ini, saya dapat simpulkan silat tari dari Kelantan banyak pengaruh lenggok wayang kulit dalam tari mereka. Sementara itu, ciri-ciri perbezaan silat tari dari negeri Terengganu dan Kedah pula masih menjadi misteri.

    Jika saudara ada jawapan, saya pohon pencerahan.

  2. Bang Syed kito ni dok area mana? setakat aku kerja ni, tak lagi jumpa dia sini. Orang lain jumpa belaka dah.

    Terkenang padang tengah bangunan SIC ni. Tempat aku raging budak mung, kekadang hafiz raging aku!

  3. Wmslm buat saudara Sir Pok Deng

    … Insya Allah saya akan merujuk kepada beberapa orang guru tua bagi membantu saudara.

    Shams..Abe Syed ni dia Bertugas di Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman. Tempat tinggal lupa pulak. Padang SIC yang meninggalkan 1001 kenangan buat Orang Lama Gayong di Kelantan. boleh dianggap di antara gelanggang lama Gayong

  4. Salam Segayong…

    Tekejut lak bilo tengok ado gamba bbowoh cerita silat jatuh ni….tu gamba lamo tu masa kat SIC…tempat seribu kenange.

    Tengok gambar tu…banyak yang ingin diperkatakan, nantilah kalu ada masa kita bercerita panjang…insya allah.

  5. Alhamdulillah..itulah kata-kata yang dapat ambo ucapkan kerana tulisan ini telah mendapat komentar dari Guru yang hamba sayangi dan sanjungi.

    Walau lama dah tak bersua namun ikatan antara Guru dan Murid tetap bertaut. Sejak 1993 hingga sekarang 2010 rupa-rupanya dah 17 tahun ambo menjadi anak murid kepada Guru hamba Syed Harun B Tuan Besar.

    Insya Allah ambo dan seluruh anak Gayong mengharapkan sumbangan artikel atau pun komentar dari A.Aik.

    Insya Allah..Walau dulu kita bergelanggang di SIC sekarang kita bersilat sepatah selidah di alam blog ini.

  6. KAWE RASO,DEMO NI BATCH KAWE KOT.ABG SYED TU DIA SUKO BEREGU NGAN ABG JOE KENG!MMG DEMO NI ORG LAMA GAYONG KELATE SEBELUM PECAH.KAWE HARAP DEMO TERUS USAHA LAGU NI,MOLEK LA.LA NI SEMUA PERTUBUHAN GAYONG DUK KATO,DIA NI HAK DIA TU HAK DIA NI BERHAK HAK ORE NI HAK ORE TU,DAH SAMO2 BELAJAR KITA SEMUA ANAK GAYONG.BUAH GAYONG PECAH IKUT PEMBELAJARAN MASING2 NGA ARWAH.BUAH GAYONG KALU SURUH TUNJUK BUAH MASING2 ADA PERSAMAAN BEZA TEPAT PUKUL NGA PENAMAT JAH,NAPOK SNGAT DAH DI UBAH DAN DI UPGRED DARI GERAKAN ASAL.BAKPO NK BALOH2.KAWE RASO ADA HARAPAN NAK KEMBALI TEGUH.KAWE RASO,ADA CARA KITA NAK SATUKAN BALIK GURU2 TUA GAYONG,KAWE DOH LAMO DUK PK CARO NI.

    • Dulu saudaro leloh ni gelanggang mana..? loni duk mano pulok. InsyaAllah suatu maso Gayong akan bercantum. sama-samalah kita doakannya

    • Kalu ssemo anak nga guru gayong mmikir mace sdr leloh ni….maka gayong kito buleh bersatu smula. Ini la klemehe oghe melayu..suko bbaloh, berebut kuaso…. tok pikir nasib anok-anok melayu maso depe. Kito blaja ssilat ni kira fardhu kifayah la.. tapi kalu dok ralit bbaloh..jadi hare la pulok. Sama-sama la kita bedoa semuga Gayong buleh bersatu smula…mace bengkung kito paka tu, bermula nga kaler ite kembali ke kaler ite…

  7. abe syed?abe syed?ni betul ko abe syed?

    • jolo lah tuh

  8. ALHAMDULILLAH,DIA MINAT JUGA NAK LAYAR LAMAN DEMO NI.JURULATIH KITO TU NIK.KELAB GAYUNG SUBANG JAYA TU ADA KENA MENGENA NGAN DEMO KO?

  9. ambo minta izin copy artikel demo ke bloh ambo… bubuh doh link ke khalifahgayong…

    • silakan.

  10. Assalamualaikum,
    dekat mana saya boleh jumpa tempat belajar silat Jatuh ni dekat negeri kelantan? o.O?

  11. assalamualaikum…kalau tak keberatan bolehkah saudara tlg terangkan tentang silat teralak tunggal


Tinggalkan komen

Kategori