Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.
Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.
Semangat Federalisme
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.
Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.
Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.
Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.
Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.
Kerjasama Negeri dan Persekutuan penting
Sehubungan dengan itu menurut Tuan Guru, intipati kehendaknya ialah memperkasakan semula hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipilih oleh rakyat yang keluar membuang undi dengan demikian ia harus membelakangkan soal parti dan mengutamakan hak rakyat dalam pentadbirannya.
Dari sudut Negeri Kelantan, Nik Aziz melihat banyak isu yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti isu tuntutan royalti, isu geran kewangan persekutuan kepada negeri, isu projek pembangunan persekutuan kepada negeri dan sebagainya, “sebab itu saya nak pulihkan hubungan ini,” kata Nik Aziz.
“Ini bukan urusan parti, saya tak minat nak pulih soal parti sebab itu isu lain,” tegasnya.
Mencabar media kemukakan bukti
Menurut Nik Aziz, beliau tidak pernah sekali-kali berganjak daripada pendiriannya sebagai Mursyidul Am PAS bahawa kerjasama antara parti UMNO dan PAS tidak perlu diadakan bahkan beliau tidak setapak pun berganjak dari tentangannya terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan.
“Itu mainan UMNO, bukan datang dari PAS”, tambahnya.
Dengan kalimah itu, Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama UMNO-PAS.
Hikayat Laila dan Majnun
Menteri Besar Kelantan itu merumuskan UMNO didalam keadaan amat terdesak dan menyamakan sikap UMNO terhadap PAS seperti Hikayat Laila dan Majunun.
“Nak sangat bersama, sampai kalau orang dah tak mau pun dia nak jugak, jadi boleh tulis nama atas pasir pun jadilah,” kata Tok Guru.
“Sebab tu UMNO dok suruk media ini tulis soal perpaduan soal kerjasama macam cerita Laila Majnun,” tambahnya lagi.
Nik Aziz juga menegaskan segala-galanya bermula selepas majlis perlancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas apabila Menteri Besar Kelantan itu duduk semeja dengan Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
Selepas majlis tersebut, kedua-dua mereka menghadiri sidang media.
“Dalam sidang media itu, saya kata Kerajaan Persekutuan kena berbaik semula dengan Kerajaan Negeri, saya akan terus usahakannya,” kata Nik Aziz lagi.
“(Dato’) Mustapha Mohamed yang duduk bercakap pasal nak jalin hubungan antara parti (UMNO dan PAS), saya bercakap pasal Kerajaan,” tegasnya.
Nik Aziz turut berkata beliau tidak pernah serik walaupun sudah hampir 19 tahun berusaha untuk memulihkan hubungan Persekutuan dengan Negeri dan beliau tidak pernah berhenti berusaha ke arah itu demi kepentingan rakyat Kelantan dan Negara Malaysia.
Satu Lagi Projek Barisan Nasional
Selepas sidang media tersebut, Astro Awani pada malam Sabtu telah bertungkus lumus mengenengahkan isu kesediaan Nik Aziz menjalinkan kerjasama UMNO dan PAS. Astro Awani juga menemuramah pemimpin-pemimpin UMNO yang rata-rata mengalukannya.
TV3 pula dalam Buletin Utamanya semalam turut menghangatkan lagi isu tersebut.
Berita tentang kononnya Nik Aziz sudah lembut hati didalam isu kerjasama UMNO PAS juga mendapat liputan meluas media cetak.
Ianya dilihat sebagai sebuah projek Barisan Nasional mahu menjatuhkan kredibiliti Musyidul AM PAS yang sebelum ini konsisten menentang Muzakarah UMNO PAS dan gagasan Kerajaan Perpaduan. Dengan apa yang berlaku sejak Jumaat lalu, ia pasti mengelirukan penyokong PAS dan rakyat jelata seterusnya menampakkan Nik Aziz seolah-olah tidak konsisten dan sering berubah-ubah pandangan.
Menghancurkan kredibiliti Nik Aziz dikalangan ahli PAS adalah taktik UMNO bagi melenturkan pengaruh Nik Aziz dikalangan akar umbi PAS dan seterusnya menghuru-harakan suasana didalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Walaupun Nik Aziz cuba memberikan persepsinya yang sebenar didalam sidang-sidang media selepas itu, kenyataan-kenyataannya terus diceduk diluar konteks bagi memperkuatkan niat jahat BN.
Dengan kenyataan yang dibuat dipejabatnya pagi ini menerusi TVPAS, diharap segala-gala usaha jahat BN ini berkubur.
Kota Darulnaim,
Kota Bharu, 27 Julai 2009.
ahh..tok guru cakap hari ni lain,esok lain. apa-apalah!
Salam… perhatikanlah.. bukakanlah seluruh pancaindera..
Sejak 2 3 menjak ni, media massa sangat suka mendapatkan apa2 bahan berita dari pimpinan atau sampai ke akar umbi jemaah pas.. ngapa ya??
kalau dulu, nak tgk org dari jemaah pas masuk tv atau ada berita dalam paper amatlah susah.. 6bulan skali belum tentu.. naper ye..
Salam,
Memang betul. Apa yg tok guru cakap mesti puak-puak umno putar belit. Baru kita tahu siapa yg suka fitnah orang sebenarnya.
Semoga Allah bersama mu Tok Guru.
The intentions is good, but the damage have already been done.
Nik Aziz and Pas should know that BN has all the media to play all the story they want.
Nik Aziz has failed to get Federal Govt support for 19years and survived strong without support, why now suddenly need Federal Support @ Cooperation.
Nik Aziz should have focus on Kelantan and recapture T’ganu back from BN, then to play politic with rakyat.
His officiating together with Mustafa Mohamad have really disappointed many Chinese who put their faith in for the next coming GE.
Sid,
ketahuilah;
UMNO=BABI
BABI=UMNO
http://perakexpress.com/www/?p=6121
aku dengar apo yg Tok Guru maksudkan, tapi puok sebelah tu buke gheti. koya Mu tak abih lagi tuuuuu. seghupo Dr. Sid tu pong, tgk tv 1, 2, 3, baca BH UM sesekali tu baco la tamil osai ka…
Syed, thanks for the artikel and photo.
tgna kadang2 buat benda pelik la ..macam dia guna macam2 kitab pulak masa bercakap..kitab biru hari ni esok pulak kitab hijau dan sebagainya…aku setuju dgn dr.sid dlm perkara ini…
1. Takbir!
2. Dr.Shid & ahmad norman samada tak reti atau buat2 tak reti. Kalau reti tentu tak beri komen macam tu. Reti bukan maksudnya dengar atau lihat ulasan atau berita melalui TV dan akhbar perdana semata…
3. UMNO kena banyakkan bertafakur dan muhasabah, kenapa Tok Guru tok se nak berkerjasama/berpadu denganmu..
4. Yang jernih tak semestinya selamat, yang keruh tak semestinya bahaya. Air cetek jangan disangka tiada buaya!
aku guna surat kabar utusan malaysia buat bungkus taik kucing je…
tv 1,, 2 ,3 aku tak tengok…jenis putar belit memang kerja bn/umno…
ore PAS tegar dah reti semua ni… yang kita bimbang nya anak muda hak baru layak ngundi n i…
oleh itu aku fikir ketua2 PAS kena pandai2 lah berhemah dan bercermat sikit bila keluar kenyataan berhubung dengan parti umno ni… puak2 umno ni jenis setan …mereka amat pintar cari peluang putar belit…
aku fikir bermula dari sekarang PAS BO la berjinak2 dengan umno ni… tak payah la nak dakwah dengan umno ni… tak perlu la nak bercengkarama intellektual ke entah menatang apa lagi dengan umno ni…dah 50 puluh tahun lebih umno kencing kepala PAS…tak kan tak paham2 lagi?
PAS perlu proaktif…SERANG dan kencing atas kepala puak2 umno setan ni kembali… ajak penyokong dan ahli2 umno MASUK PAS!!!..hapuskan umno…
pada PRU13 nanti undi cina akan solid kpd pembangkang…yang masih BONGOK nya melayu…jadi untuk kekalkan kuasa Islaam (dan melayu) ore2 melayu mesti bersatu di bawah SATU parti saja..dan ia nya mesti dibawah PAS…hapuskan parti setan umno…
itu sepatut nya strategi PAS…tapi nampak nya sebahagian ketua2 PAS pun jenis bongok dan tak dak otak…
kalau PAS moyok lagi dalam PRU13 nanti tak dak sebab lain kecuali sebab pemimpin2 PAS jenis bongok tak reti nak serang umno setan yang dah nak mampus yang sekarang nampak nak kebah kembali…
masih ada …
mengatakan tok guru hari ini cakap lain,
juga ada yang menambah …
dengan menuduh …
hari ini pakai kitab biru esok pakai kitab hijau,
padahal …
media arus perdana yang memutarbelitkan kenyataan,
tahukah mereka?
media tersebut dah kehilangan peminat …
mereka perlu berubah tapi tak pernah berubah,
harapan mereka kalau-kalau rakyat malaysia …
masih bodoh seperti dahulu kala.
aku tak faham apa yg dimaksudkan dgn artikel diatas. Secara terperinci apakah bentuk diskriminasi yg dilakukan oleh Kerajaan Pusat pada kerajaan Kelantan? Berckp ttg tekanan, itu adat lah dlm politik.Mcm lah pembangkang tak menekan kerajaan yg diperintah oleh BN. That is the whole idea of a two-party system. Check adn Balance
tak payah layan UMNO. Buat hal kita dah lah. UMNO kemaruk tu. mcm dah lama tak dapat…
antara tekanan:
1. Penyaluran dana melalui Unit pembangunan Persekutuan, bukan melalui kerajaan negeri. Mcamana nak merangcang pembagunan negeri secara baik.kalau ada 2 kepala.
2. Penafian Royalti minyak
3. Gambaran buruk oleh kera-jaan tentang politik negeri kelantan, menjauhkan pelabur dari melabur. Walhal, negeri aman damai, rakyat ceria.
4. Melarikan Projek PGU -peninsular Gas Utilisation melalui thailand
” kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”
5. Memburukan imej TGNA melalui media cth seperti kes barua. Berulang ulang penjahat media menayangkan TGNA. Memang jahat!
6. dan 1001 penganiayaan lagi…orang lain bleh sambung kot…
hahaha… parti yg lemah dan menurun, sudah tentu mau perpaduan dengan parti yg semakin membangun. Budak2 pun tau. hehehe..
rakyat kelantan yg cerdik akan tahu apa maksud tuan guru. UMNO akan jatuh ‘beleping’ lagi selepas hangatkan isu perpaduan ni. Tuan guru tak pernah tukar statement dia melainkan dia mengaku telah tersalah.
to BN or UMNO supporters, tak sangka kan pimpinan kamu ni setaraf dengan si Majnun yang bermimpikan laila..kesian…
xpayah lah sahabat2 jawab soalan2 puak2 UMNO yang xreti bahasa ni. memang demo ni nak jahanamkan diri sendiri.. biarlah dia dgn labu-labunya.. hanya Allah yang tahu isi hati perut kita… Ya Allah kami mohon petunjukMu, tunjukkan lah kami siap yang benar dan siapa yang salah.. Hanya dengan KudratMu kami berserah…
Umno sebenarnya gila talak, dah talak tiga. Umno dah boleh buat apa-apa dah dengan Pas. Hanya layak ke Tanjung Rambutan.
apapun renungilah kata2 tgna masa kuliah jumaat dia pada 2006, masih terngiang2 di telinga aku…. ” Tidak suatu kebaikan itu baik jika kesudahannya neraka dan tidaklah suatu keburukan itu buruk jika kesudahannya syurga” . kpd UMNO & pemilik sahamnya,,,,muhasabahlah…………….
anggok (mangkuk hayun) rindukan bulan..
mu gi cina buta pun kami dok sir!
Thanks sheik for the great artickle.. BTW, Mr.Foo, i do hope that u do not consider TGNA approached of officiating with Dato’ Pa as a wrong moved bcoz that is how he is doing his work.. He loves to “tickles” and look at what they are going to do and you know if someone “tickles” you, you may react but whether it is +ve or not, it goes back to our own self-judgement.. May God bless all of us!!!
Alhamdulillah, saya sgt berpuas hati bila Tok Guru sendiri yg memberi penjelasan tentang maksud sebenar ‘kerjasama’ yg di canang oleh UMNO. Begitulah kalau orang gila talak. UMNO sudah gila talak dengan PAS. UMNO kawin tiga, macam cerita Madu Tiga. Cuma yg beza nya, UMNO cerai PAS. Dan PAS sudah tak mahu lagi rujuk. Sekarang, MIC dan MCA sedang dlm process menceraikan UMNO. Setelah lama cerai PAS, sekrang baru fikir nak rujuk semula, alangkah DESPERADO nya UMNO. Kalau tengok cerita Pendekar Bujang Lapok, ejaan jawi tu melambangkan UMNO dlm kandang macam sarkus(circus), dia akan hidup sendirian tanpa kawan. Pendirian Tok Guru sangat tegas dan konkrit macam tembok besar di negeri Cina yang dibina masa Shih Huang Ti dan sampai sekarang maseh teguh. UMNO sudah tidak relevant lagi sebab cendiakiawan yang lahir dari University semua nya sudah pandai berfikir cuma ada lah segelintir yang fikiran mereka di konkong oleh penjajah UMNO yang bersifat nasionalist. Semangat Islam bukan nasionalist. Semangat yg ada pada Islam adalah semangat perpaduan yang Universal. Kehancuran UMNO sudah mulai di rasai macam pantai di hakis ombak. Musim tengkujuh ialah musim Pilihanraya (yg ke-13) hakisan nya akan lebeh jelas. Saya juga nak ambil kesempatan untuk mengucakpan Tahniah kepad KU LI yang memberi penjelasan yang baik tentang kedudukan Kelantan atas ROYALTY GAS/MINYAK. SAYA ANJUR dgn IKHLAS Tengku keluarlah dari UMNO. Tengku jange dok dale’ UMNO lagi. join lah mano mano pati dale’ Parti Rakyat demi NEGARA MALAYSIA, demi anok anok kito yang membesar dan memerluke perlingunge, keselamate yang baik. UMNO tak leh bui semuo tu, keluar lah Tengku dari UMNO tu.
Selagi ado wak sek2 gong wak cayo ko propaganda TV1, TV2,TV3 dan segala media perdana termasuk surat khabar Utusan Meloya, BERITA Hairan.. selagi tu la Bee End akan tetap utuh memerintah Malaysia..
http://nmjnh.wordpress.com/2009/07/28/tgna-umno-takdok-maruoh/
the question is who is going to succeed this old man that matches his caliber?
Of all the people..the PAS spiritual leader should concentrate on spiritual matters.
But some dirty PAS politicians will not let him do it.
If he did not come out to the recent by-election……PAS may be lost.
If Hadi Awang DID appear…PAS would surely have lost.
You cannot beat them…join them……and it takes the half Indian half Malay.ex PM…to warn UMNO not to fall into Tok Guru’s trap. That sly fox.84 years old…never ceased to stop interfering….ever yearning for attentions and thinking how great he is still.
If ever any Muslim still believe in this double headed snake….he must be a true racialist and a nut.
Yes….play their game….to defuse their agenda to take Kelantan.
PAS member will understand. UMNO members have no complaints…..except the devil reincarnated.
The show must go on.
Malaysia is an on going politic wayang kulit country…….talk talk politics..spearheaded by UMNO…to bring us backward and backward.
We do not see and feel them…but this is an era of Science and Technology…and era things to be done.. fast with new ideas…new methods…improving the old ones.
Go …travel and see South Korea….miles ahead of Malaysia…all so hard working…no streets crimes…because Koreans are not choosy to get work.
All are working….love working long long hours….feeling heroes of the country…with their contributions.
Her we talk and brag….and find ways to earn easy money.
Some taxi drivers….majority Malays…are still trying to find suckers.
A trip costing RM4.20….one wants RM10…just yesterday. My maid threw RM 5 and told him to buzzed off.
Malays are choosy and lazy….and UMNO makes them that way…because they are that way too..steal and gt rick…..not need to work….keep talking politics…to depend on UMNO..dirty race politics.
Like Chua Jui Meng said….UMNO and BN will never change. They need to be toppled to change.
Nik Aziz is an excellent chess player. Mamak cannot stand seeing anyone smarter than him.
Ya ALLAH, panjangkanlah umur dan berkatilah TGNA, supaya beliau terus memimpin kami semua ke jalan yang diredhai MU. Dan semuga di Padang Mahsyar nanti kami semua akan berdiri di belakang panji-panji ALLAH yang dipegang oleh TGNA, yang juga di belakang panji-panji ALLAH yang dibawa oleh NABI MUHAMMAD S.A.W. Amin.
aku tok tau lah apo yae abe antipas fikirkae tikko ni.. tapi for sure respect aku ko dio mulor koho2 pudar bilo dio menafikae & jaddi suppo tok tau gor sekagho apo yae pusat buat ko rakyat negeri kelate sebenarnyo.. bukae kor kerajaae yae ghaetoh negeri.. RAKYAT KELATE TELAH DIZALIMI… SEKATAN PERUNTUKAN.. PALING NYATA PENUBUHAN JPP YG JELAS BERTENTANGAN DARI SEGI UNDANG2, TAPI NOK BUAK LAGU MANO…
tapi itulah bezanya, pemikiran juak2 UMNO dgn pas… bila kito ajok join aktiviti kemasyarakatan dalan mukim, dio kato program PAS.. walhal program masyarakat kampung. Kito ajok, xsir joing.. pahtu mularla memencil dighi.. kato oghe tok cagho la gappo la…
accu mikir wi jaddi betul stesen gak sikik… pastu ado lah hok kato kito ni samo islae kae.. samo2 semayae.. kiblat seghupor…
KECEK SEDAK!!!… kiblat gappor? semayae gappor?
semayae gappor, kalu semayae kito tu tokleh hijabkae kito daghi kemungkaran..?
kiblat gappo, kalu pengabdiae kito ko Allah SWT tu hanyo wujud time tok tuo mai dumoh, time mayae jemaak, time bulae posor, time mayae ghayor, time dighi sedighi sakit/keno musibah.. KENO KENAL LA KIBLAT ZAHIR & BATIN..
tu pong baguh doh kalu semayae bae & tau jugok & ingat jugok kor Allah SWT walaupon tikkor tikkor jah.. tapi tok kae sudoh nga skat tu jah..
kito kae nok jaddi modal insan yae baik.. jadi keno upgrade sokmor lah..
🙂 i.m. back to read the comments..
Mari kita tengok 4 contoh ‘perpaduan’ yang dicanangkan oleh UMNO.
Perpaduan 1: Tahun 1974, seorang petani wanita ke rumah JKK dengan harapan untuk mendapatkan bantuan baja padi.Wan Abdullah Wan Abas mencerca si makcik tu ” bakpo kak nik nab nok mitok bajo umno, ke oghe Pas kato bajo umno ni buat dari tahi pelariye vietnam?” Makcik tersebut balik dengan perasaan pilu dan kecewa.
Perpaduan 2: Sejak awal 1990-an sehingga sekarang, geran tahunan kepada kerajaan Kelantan diberikan secara runcit.Bayangkan, apa perancangan pembangunan yang dapat dibuat jika geran tahunan sebanyak RM300juta dibayar dalam 3 installment? Dana pembangunan dikawal oleh UMNO melalui Jab. Pembangunan Persekutuan?
Perpaduan 3: Peruntukan projek membina jalanraya menghubungkan terus Kota Bharu-Kuala Krai telah dipindahkan untuk melaksanakan projek di Sabah.Sejak lebih sepuluh tahun lalu, di musim perayaan, perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu mengambil masa 6 ke 8 jam. Sedangkan pada hari-hari biasa, ia hanya memerlukan masa selama 3 jam sahaja.
4) Gas dari Mal-Thai JDA didaratkan di Songkhla. Explorasi minyak dan gas di kawasan perairan Kelantan (belum mengambil kira horizontal drilling di perairan Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan yang menjalar dan menyedut ke kawasan Kelantan). Dan Kelantan, rakyat Kelantan, dinafikan hak mereka sebagai sebahagian dari penduduk negara ini dalam menikmati pembangunan dan hasil royalti dari bumi tanah tumpah darah mereka itu.
Nampaknya UMNO, dengan bantuan set set zalim (yang tidak wajar dilabel sebagai pemimpin) UMNO Kelantan telah mendifinasikan erti perpaduan.
Nampaknya UMNO berhasrat untuk memancing Pas dengan umpan perpaduan yang berfungsi sebagai serampang 2 mata: untuk menjadi toilet mat, dan untuk membunuh keyakinan ahli-ahli Pas dan mengelirukan ahli-ahli PR terhadap Pas dan TGNA.
Proses mendifinasikan perpaduan oleh UMNO akan diteruskan, dan bakal berubah mengikut kesihatan UMNO pada waktu berkenaan.
abe nawi keno kecek siae kali ngan pok supo antipas nii…..puak nii tok nampok gapo satu doh….ghoyak laa gapo pung doh tokleh nok terima….
melayan gedebe2 umno ni buat habis bateri je. banyak lagi kerja lain kita boleh buat. tegur presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong pas, bakpo senyak kote tak terkata2 kelu lidah seribu bahasa pasar putarbelit umno ni?
kawea dok ghasa demo2 ni kena perangkap. mu kkecek aku telanjeng habih pa$al, pa$al, pa$al… paham2 laa. memeng mangsa blackmail, gatal sangat. dulu jjupo dalae gelap, lo ni terpaksa dudok dale gelap. padae muko!
oi, toksoh dok pekok telinga laa!!!
ulama konon. keno kudo ke stopa ali habih. buko la kitab mano pung, kalu doh kena tahi tu, dok jjadi apo. mulut terkunci. tangan kena gari. baghu kawae pahae ggapo maksud mat daud iraqi pa$al ra$uah… dok ngaku dok pelik, tapi Allah tahu… kalu dok kena zip mulut, tokkae tokleh nak defend, sekata dengae tok guru nik aziz? napok sangat jalae tok seghupo.
attikiri, dalae blog dia (kawae dok baco, tengok tajuk link dio) sughuh nik aziz begheti. memae la, tu atas kehendak hak gilo meghoyan kat umno. nik aziz penghalae utama, timbalan mursyidul am dok dalae poket stopa doh, macae hok lain2. semonya pa$al ‘tolong’ settal uteng katonya. maghi mmano pitih stopa banyok sapa boleh tolong harong din? hok tu kawae kato puak2 ni, telan mati emak, luah mati bapok. keghija puak2mu lah guna bolggers untuk seghae tok guru nik aziz, mu ingat tak dok oghae tahu ko? Allah tahu wei!!!!
banyok, banyok caro umno nok baik nga rakyat kelate, tok wokil umno berucap sebelum pru12 dekat nga umah aku, tegamok dia suruh ore pas jalan kut bowoh tembok, sedih aku dengar pangkat dato tapi kecek supo budok-budok tadika kemas. kalu bagi batuan sekoloh puok-puok ppm pulok gi tapis taksir wi ko ore pas, padahal ore pas pun rakyat malaysia jugok.
taken from utusanonline today
PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa “nasihat beliau tidak semestinya didengar” ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
IKLAN@UTUSAN
kesilapan tidak disengajakan…??? come onnnn….
kuat ABE ADGGA maing angin ambo…. hehehee sapor heh… kenal ambo kor… maghi weh makae tea spukul.. hahkahkaha banyok nok syaroh nih..
utusan sudah buat balik! kelmarin mintak maaf, hari ni dah lapor berita terbalik. kuat sungguh onar.
minta maaf pun tak ikhlas.
tok main angin abe nawi weei…kecek atah modal jah tok ambik untung pung…nok jugok minum sekali ngan geng blog sheikh niii….kito oghe bowohan jah abe nawi tapi kalu bunyi umno gak seroo maroh menar lonii…ghoyak dengan fakta pung puok umno nii macae keno ‘nasi kakae’ ..kuat sunggoh nyo tanae budaya ‘melayu lemoh’….’habihlaa melayu pahni’…..puok puok nii ingat pemimpin umno nii biso mena memerintah malaysia….padahal ijazah kalu um ko ukm supo tuu jah……
kahkhaaaa… sedak molek.. ambo ghaso takdok makae tea rasmi yae dianjurkae oleh abe syeikh.. kalu ado pong toksoh cayyo lah.. kae tok pasal2 beringak ko inspektor shahab, fok2 kito… hakhkaa
ambo pong oghe luar jemooh PAS.. tpk masuk ahli pong..
salam perjuangan.
utusan sengaja je buat2 xsengaja.
Surprised when outsider Chinese and Indian support TGNA but super surprise when ‘some’ Malay Kelantenese did’t recognised him.
biar lupa mandi hari2 asal tidak lupa diri
Marilah kita sama-sama berdoa supaya royalti minyak di perairan Kelantan dapat diberi kepada kerajaan Negeri. Hanya Allah sahajalah yang layak untuk membuat apa-apa keputusan yang berlaku di permukaan alam ini. Selain daripada Allah adalah makhluk yang langsung tidak ada kuasa. Tidak ada yang kekal di dalam dunia ini melainkan iman dan amal soleh. Semuanya akan dihancurkan oleh Allah hingga tidak tersisa.