Insan & Komuniti 16 Jul, 2020

Bayi: Bunuh atau buang? Apa jadi dengan generasi muda kita??

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

BARU-BARU ini, berlaku satu kejadian menyayatkan hati apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkap tingkat 13 Pangsapuri Sri Ivory, Air Itam, Georgetown di Pulau Pinang. : KitaReporters


Suspek (ibu bayi tersebut) telah ditahan oleh pihak polis dan siasatan awal mendapati ibu muda berkenaan tidak pernah bernikah dengan teman lelaki atau pasangannya.

Mayat bayi ditemukan orang ramai pada jam 8.25 pagi di parkir tingkat empat bangunan pangsapuri tersebut. 

Bayi malang itu mati di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.




Sebelum ini, masyarakat telah dikejutkan banyak kali dengan kejadian seperti buang, bunuh dan perbuatan menanam mayat bayi.

Cukup menyedihkan perbuatan kejam seperti ini berlarutan tanpa titik nokhtah dan lebih mengejutkan, tertumpu kepada bangsa Melayu/Islam yang masih di bangku persekolahan, kolej dan pengajian tinggi awam serta swasta.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah menggesa kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya pihak sekolah agar mengambil serius terhadap pendidikan seks dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja. 

Apa sudah jadi dengan generasi hari ini? 

Adakah pergaulan bebas dan aktiviti seks dalam kalangan muda-mudi menjadi amalan atau ikut-ikutan dalam kehidupan sosial masa kini? 

Patutkah bayi itu dibuang atau dibunuh sahaja sebagai jalan keluar kepada masalah kehamilan luar nikah?

Sekarang siapa yang tertekan atau panik? Ibu bapa, keluarga, masyarakat atau si mangsa dan pelaku? - KitaReporters


Sumber:

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/598453/campak-bayi-dari-tingkat-13-pelajar-kolej-dan-teman-lelaki-ditahan-metrotv

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/448917/buang-bayi-setiap-3-hari

 

1
0
3
0
2
You will be interested