in

Dulu Pernah Jadi Rebutan Pembaca, Kini Majalah Mangga Edisi Lama Dijual ‘Preloved’ Dengan Harga RM35

F2 Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk anda yang membesar sekitar tahun 2000-an, mesti pernah beli majalah banyak-banyak setiap bulan kan. Antara majalah yang famous ketika itu ialah majalah Kuntum, Bintang Kecil serta majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan dan Mangga.


Memang setiap bulan akan jadi rebutan ramai la majalah-majalah yang boleh dibeli di kedai-kedai buku ini.

Mana taknya, dulu jaringan internet belum meluas, jadi dengan baca majalah je la kita boleh dapat tahu tentang isu semasa, gosip dan perkembangan terkini artis kegemaran kita.

11

Kalau dulu majalah hiburan iaitu Mangga keluaran Utusan Karya dijual dengan harga sekitar RM3, kini majalah tersebut edisi-edisi lama telah dijual preloved dengan harga RM35!

Difahamkan, majalah Mangga edisi tahun 2000, 2012 dan 2013 itu telah dijual di Shopee. Kalau ada antara korang yang berminat nak beli, boleh la tengok-tengok di Shopee tu nanti.

Walaupun edisi lama, majalah itu dijual dengan harga yang agak mahal mungkin kerana majalah tersebut tidak lagi dijual di mana-mana lagi sekarang ni. Kira barang rare la ni kan. 

14. 1

Mungkin juga orang yang jual majalah preloved ini memiliki koleksi majalah yang banyak pada suatu ketika dahulu sebab boleh dilihat di Shopee tersebut bahawa majalah Media Hiburan keluaran 2006, URTV dan Arena Bola Sepak juga turut dijual.

Rata-rata netizen juga berkongsi kenangan mereka ketika menjadi pembaca setia majalah-majalah hiburan ini waktu dulu-dulu.

8

9

10

Budak-budak dan remaja zaman sekarang mana tahu kewujudan majalah-majalah macam ni. Dorang sekarang ni bukak je phone terus tahu isu-isu viral sebab semuanya di hujung jari. 

Baca: Nak Buang Tapi… Ini 10 Barang Yang Korang Perlu Buang Walaupun Sayang

7

Sumber: Shopee
Sumber: Shopee
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.