in

Model Tampil Jadi ‘Cacing Kerawit’ Semasa Pesta Halloween, Katanya 2 Tahun Baru Siap Kostum!

Tryguhijokp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di luar negara, rata-rata daripada mereka ada yang menyambut hari Halloween dimana akan ada banyak pesta dan parti diadakan dengan menampilkan pelbagai kostum dan pakaian seragam yang bertemakan seram dan karakter menakutkan sebagai simbol meraikan bulan hantu ataupun spooky.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang model antarabangsa yang bertindak memakai kostum Halloween yang sangat unik sehingga mendapat perhatian ramai netizen seluruh dunia.

Model tampil jadi ‘cacing kerawit’ semasa pesta Halloween, katanya dua tahun baru siap kostum!

Sebuah video yang berdurasi 10 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang model yang bernama Heidi Klum telah menampilkan diri dengan kostum cacing raksasa di sebuah pesta Halloween di New York, Amerika Syarikat.

@heidiklum

#HeidiHalloween2022 !! ???

♬ original sound – heidi klum

Menerusi beberapa hantaran lain di laman Twitter, dia juga dilihat sedang terbaring di lantai seperti cacing yang sebenar sewaktu diwawancara oleh seorang wartawan di sana.

Menurut Heidi Klum, dia berkata kepada media bahawa kostum tersebut telah mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan ia sangat sukar untuk direalisasikan kerana perlu mengambil kira banyak faktor untuk menjadikan kostum itu betul-betul unik.

“Saya suka melakukan sesuatu yang di luar fikiran orang, jadi saya mencuba memikirkan kostum yang sangat menjijikkan tapi juga dikenali orang ramai.”

Dia juga berkesempatan untuk berkongsi video belakang tabir di laman Instagramnya tentang cara pemakaian kostum tersebut sebelum ia bertukar kepada cacing yang ‘sebenar’.

“Ini rupa sebenar sebelum tampil menjadi cacing yang menyeramkan.”

Raih perhatian netizen di media sosial, ada yang kata unik!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ada yang teruja dengan penampilan model tersebut kerana kostumnya dilihat sangat unik untuk diseragamkan.

Screenshot 2022 11 02 At 2.08.04 Pm

Screenshot 2022 11 02 At 2.08.15 Pm

Screenshot 2022 11 02 At 2.08.23 Pm

Kreatif pula min tengok!

Baca: Pernah Diharamkan Dulu, Sambutan Halloween Di Arab Saudi Meriah Sampai Kostum Habis Dijual

Screenshot 2022 11 02 At 2.10.54 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.