in

“Sebab itu saya sayang KL” – Mat Salleh Puji Kuala Lumpur ‘Mesra Pejalan Kaki’ Berbanding Bangkok

Kl Mesra Pejalan Kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang tinggal di negara sejuk, sudah menjadi kebiasaan untuk berjalan kaki ber’km’ jauhnya di tengah bandar dek kerana kemudahan pejalan kaki yang disediakan dengan baik.


Namun budaya ini sebenarnya adalah suatu perkara yang agak asing di Malaysia kerana cuaca yang panas dan juga kekurangan kemudahan pejalan kaki.

Namun baru-baru ini, seorang mat salleh di X telah memuji Kuala Lumpur sebagai ibu kota yang mesra pejalan kaki berbanding Bangkok di Thailand.

“Ini sebabnya saya sayang Kuala Lumpur” 

Menerusi perkongsian Danny Postma, dia memuji Kuala Lumpur sebagai bandar yang mesra pejalan kaki dan mempunyai banyak taman, terowong berhawa dingin serta terpisah dari trafik.

Katanya lagi, semuanya di KL berhubung dan seseorang itu tidak perlu menaiki teksi ataupun tren untuk ke mana-mana. Cukup dengan hanya berjalan kaki.

Ini sebabnya saya sangat sayangkan Kuala Lumpur. Ia mesra pejalan kaki. Ada banyak taman, terowong yang berhawa dingin dan terpisah dari trafik. 

“Malah semuanya berhubung dan anda tidak perlu pun menggunakan tren dan teksi. Perkara ini tidak ada di Bangkok,” katanya.

Menurutnya lagi, makanan di Kuala Lumpur juga sedap-sedap belaka sehingga berat badannya naik beberapa kilogram setiap kali ke sini.

“Mesra pejalan kaki dan Kuala Lumpur macam tak kena” 

Perkongsian itu walau bagaimanapun mendapat pelbagai komen daripada netizen yang kurang bersetuju dengan pendapat mat salleh ini.

Menurut netizen, agak janggal jika Kuala Lumpur dikatakan ‘mesra pejalan kaki’ kerana terdapat banyak kawasan construction dan agak berbahaya untuk pejalan kaki.

Namun ada juga kawasan di KL yang lebih mudah untuk ke sana jika menaiki kenderaan.

Kl Walk

Walau bagaimanapun, Danny mengatakan dia berasa begitu mungkin kerana dia hanya berjalan di sekitar KLCC sahaja dan tidak tahu bagaimana keadaannya di luar KLCC.

Korang rasa KL mesra pejalan kaki ke? Tapi kalau panas terik, min lagi rela naik kereta atau tren lah. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.