in

Tergamaknya! Wanita 2 Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama Tak Sampai Setahun

Dua Kali Buang Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu berusia 27 tahun sanggup bertindak ‘membuang’ zuriat yang dilahirkan apabila meninggalkan bayinya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Wanita terbabit telah melakukan perbuatan keji untuk kali kedua meskipun tidak sampai setahun melahirkan anak sendiri pertengahan tahun lalu, lapor Harian Metro.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, tanpa berfikir panjang, wanita warga tempatan itu menghilangkan diri selepas meninggalkan bayi lelakinya yang diberi nama Dharwin.

Mengikut maklumat, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi itu di wad A4 hospital terbabit.

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Sebelum ini, wanita itu melakukan perbuatan sama apabila meninggalkan bayi lelaki yang diberi nama Damian di hospital selepas dilahirkan pada pertengahan tahun lalu.

Masa depan dua anak jadi tanda tanya

“Akibat perbuatannya, masa depan Damian menjadi tanda tanya dan kini adiknya ditimpa nasib sama.

“Ibu mereka gagal tampil membincangkan masa depan kedua-duanya sehingga kini,” katanya.

Jelas Adnan, Dharwin kini dijaga oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga JKM mengurus permohonan sijil kelahiran manakala Damian pula berada di bawah jagaan JKM selama tiga bulan dan kini di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Dalam pada itu, JKM berharap agar wanita terbabit yang dikenali sebagai M Yugesshini yang berasal dari Negeri Sembilan atau warisnya tampil membincangkan masa depan kedua-dua bayi berkenaan.

Perbuatan wanita itu telah menimbulkan kesulitan bagi permohonan sijil kelahiran dan dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan dua beradik itu.

Baca: “Haiwan pun pandai jaga anak sendiri” – Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Longgokkan Sampah
Bayi Di Longgokan Sampah 1 728X383 1

Sumber: pmr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.