in

“Terima kasih Ya Allah” – Wanita Lari Keriangan Sebab Seronok Dapat Sijil Cerai

Ft Seronok Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang mahukan perkahwinan mereka diakhiri dengan penceraian, namun begitu seandainya itu adalah cara terbaik, memang tiada pilihan lain untuk meneruskannya daripada hidup rasa tidak aman dan tenteram.


Kebiasaannya penceraian ini berlaku dalam keadaan sedih, terluka dan terkilan, bagaimanapun lain pula dengan video viral seorang wanita ini yang melompat kegembiran apabila dia mendapat sijil cerai.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @tinamomami92, kelihatan seorang wanita baru sahaja keluar dari satu tempat sambil memegang sijil cerai, dia dilihat melompat keriangan menuju ke sebuah kereta sambil memanjatkan rasa syukur atas penceraian itu.

“Ya Allah, keluar juga akta ceraiku. Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, aku sudah bercerai. Akta cerai, terima kasih, Ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini.”

@tinamomami92

Alhamdulillah Cerai ? #viral #fypシ #cerai #janda #mamamuda #fyp #viralvideo #sulawesitenggara

♬ suara asli – May Tina Momami – May Tina Momami

Menurut sumber Wolipop, wanita yang berumur 31 tahun itu memaklumkan bahawa dirinya menjadi mangsa kekerasan rumah tangga dan bekas suaminya itu curang. Jadi, dengan penceraian ini, wanita itu memaklumkan bahawa dia kini boleh menjalani kehidupan dengan tenang.

Tapi, bila min tengok video ni, rasa sebak campur lawak pun ada tengok reaksi wanita tu.

Baca : Baru 11 Bulan Kahwin & Pernah Bercerai, Suami Naik Tangan Bila Kantoi Curang Lagi

Ft Suami Pukul Isteri Lepas Kantoi Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.