Kari ngeri!Tu dia antara blog kegemaran aku dulu.Dah lama aku tak follow perkembangan blog ini,nak mula baliklah… Kari ngeri kena ban??? Bukan sebenarnya dah banyak kali dah aku try nak bukak karingeri.com ni tapi tak boleh jugak.Tak tahu apa masalahnya .Semalam godek-godek kat google jumpa pulak akaun tumblr karingeri.Lepas ni aku bukak ikut ni je la..
Okey yang dah tak larat nak layan entry aku ni tak payah dah nak scroll down.Sebab aku memang ada niat nak letak banyak lagi gambar dari kari ngeri..Cuak?hehe…Dah macam pyhcho pulak aku..
Kari ngeri..mesti dah ramai yang sedia maklum mengenai blog ini..Dengan hanya meletakkan gambar atau video berserta sedikit penerangan ringkas, blog ni memang berjaya membuatkan pembacanya tak senang duduk dengan info-info yang dikongsikan.Bukan cerita mengenai hantu , pontianak atau unsur-unsur tahyul,tapi cukup dengan gambar-gambar ngeri yang dipaparkan karingeri sudah mampu menarik bilangan pageview yang tinggi..
Cuma aku sedikit musykil mengenai nama blog ini.Kaitan nama antara kari dan ngeri…Pendapat aku mungkin sebab mudah disebut sebab rima akhiruntuk kedua-dua perkataan ini ialah -ri- kan.Atau mungkin ada rahsia di sebaliknya.Siapa tahu?
Mungkin ada yang bertanya makhluk luar biasakah aku ini?Takde perasaan kah aku ini bila melihat gambar-gambar ini.Aku pun sebenarnya berulang-ulang kali juga lah tengok gambar ni nak bagi hilang perasaan ngeri ni.Akupun manusia biasa kan.Mungkin juga naluri remaja aku yang membuak-buak mahu melihat sesuatu yang baru..Apepun aku memohon maaf jika entry kali ini tidak disenangi sesetengah pihak.Mungkin ada yang tak suka gambar-gambar sebegini dipaparkan..aku mohon maaf sekali lagi..
credit gambar:karingeri