Polis sehingga kini hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian haiwan dipanah pihak tidak bertanggungjawab sejak video itu ditularkan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyisat perbuatan menganiayaan monyet dan biawak dengan menggunakan busar panah.

Ketua Polis Daerah Brickfioelds, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan satu rakaman video mengenai penganiayaan haiwan menerusi aplikasi Whatsapp pada pukul 5.18 petang hari ini.

Katanya, pengadu yang merupakan salah seorang staf dari Jabatan Lanskap Negara memberitahu bahawa beliau menerima tangkap layar dan rakaman video daripada aplikasi Whatsapp pada 22 Ogos lalu yang memaparkan seekor monyet dianiaya yang mana busur panah tertusuk di bahagian pangkal ekor haiwan tersebut

“Pengadu mengesyaki kejadian tersebut berlaku di Zon Arboretum Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zairulnizam, pengadu juga memberitahu terdapat satu gambar lain yang memaparkan seekor biawak yang dianiaya dengan cara sama iaitu busur panah tertusuk di bahagian tengah badan haiwan itu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Zairulnizam meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat mengenai pelaku boleh menghubungi polis di talian Hotline 03-88882010 atau talian Hotline Polis IPD Brickfields 03-88882010. – MalaysiaGazette