Nik Razi Nik Mat

KUALA LUMPUR – Pas Kelantan kehilangan seorang pemimpin peringkat negeri, Nik Razi Nik Mat yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat Kota Bharu pagi ini.

Bendahari Dewan Ulamak Pas negeri itu adalah adik bongsu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8 pagi.

Sebelum ini, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan dibenarkan pulang ke rumah sebulan lalu.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Nik Razi pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA, bekas pensyarah Pondok Kandis Bachok dan bekas Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, petang ini. – MalaysiaGazette