Gambar hiasan

SETIAP individu digalakan berpeluh kerana ia dapat mengeluarkan pelbagai racun daripada tubuh melalui pori-pori ketika melakukan aktiviti fizikal.

Selain baik untuk kesihatan, peluh turut berfungsi mengawal suhu badan terutama apabila suhu naik melebihi paras biasa.

Bagaimanapun, masalah peluh berlebihan terutama di bahagian ketiak boleh menyebabkan individu mengalami tekanan emosi, tidak selesa untuk bersosial dan gangguan fizikal.

Apatah lagi jika memakai baju berwarna putih dan ia mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Menurut pakar estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, keadaan itu dipanggil hiperhidrosis iaitu sejenis penyakit kulit apabila pesakit mengeluarkan peluh secara berlebihan melebihi kadar normal.

Kata pemilik Klinik Idealyst itu, selain ketiak, kebiasaannya masalah itu berlaku di bahagian tertentu seperti di tapak tangan atau kaki, ketiak dan kepala.

Beliau berkata, apa yang menimbulkan masalah apabila bau badab boleh berlaku terutama dikawasan ketiak apabila peluh yang berlebihan dicemari dengan bakteria kulit yang berumah di kawasan ketiak.

“Individu yang mengalami gejala ini dinasihatkan supaya segera mendapatkan konsultasi atau rawatan dengan doktor bertualiah agar isu rendah diri dan malu dapat  diatasi segera.

“Ini kerana jika tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan tekanan mental termasuk stres kronik mahu pun depresi kepada individu berkenaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dr Aidil Azry Mokhtar.

Aidil menambah, faktor penyumbang kepada ketika cepat basah dan berbau kerana ketidakstabilan hormon yang boleh berpunca darpada masalah tiroid dan menopaus selain kehamilan.

Menurutnya, faktor lain  adalah pengambilan ubat-ubatan, gangguan mental, paras gula rendah dalam darah, jangkitan kuman dan sejarah keturunan.

“Masalah ini boleh bermula seawal usia kanak-kana atau ketika puberti serta jarang berkurang mengikut kajian di mana 88 peratus golongan dewasa yang mengalamni masalah ini kekal dengan simptom sama biarpun usia terus meningkat.

“Pada masa sama, lelaki lebih dominan berbanding wanita berdepan masalah itu walaupun kandungan kelenjar peluh hampir sama untuk mana-mana jantina,” kata Graduan perubatan di Kolej Universiti Dublin Ireland.

Aidil memberitahu, hari ini terdapat pelbagai rawatan mengatasi masalah itu seperti pembedahan endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) yang melibatkan pemotongan saraf simpatetik di kawasan tertentu di bahagian kanan dan kanan dada menggunakan alat surgeri khas.

Ujar beliau, rawatan tanpa pembedahan pula adalah suntikan botoks di kawasan bermasalah sama ada di ketiak, tapak  tangan dan kaki bagi tempoh setiap tempoh tiga hingga enam bulan.

“Cara suntikan botoks dibuat menggggunakan krim kebas di kawasan rawatan dan dibiarkan selama 20 minit sebelum menggunakan jarum bersaiz halus bagi mengurangkan ketidakselesaan sewaktu suntikan.

“Ia menggunakan cecair botoks dengan dos sekitar 50 hingga 100 unit bagi di setiap kawasan rawatan di mana hasil rawatan dapat dilihat dalam masa seminggu selepas rawatan dibuat,” katanya. – MalaysiaGazette