Salah satu adegan dari video yang dikongsi di Instagram Fasha Sandha.

KUALA LUMPUR – Netizen di media sosial mengkritik pelakon Fasha Sandha yang muncul lagi dengan ‘aksi seksi’ selepas berkongsi video berkasih sayang bersama suaminya juga pelakon, Aidil Aziz di dalam kolam renang.

Menerusi video berdurasi selama 15 saat itu, kelihatan Fasha, 39, memakai baju renang berwarna hitam sambil bermesr dengan suaminya yang tidak memakai baju.

“My forever love (cinta saya selamanya),” tulis Fasha.

Difahamkan, video yang dikongsi Fasha itu bertujuan untuk mengumumkan sesuatu apabila turut menyatakan tarikh 16 September 2023 yang akan datang.

Bagaimanapun, perkongsian aksi mesra dan romantis ibu anak tiga itu mengundang rasa kurang senang pengikutnya dalam media sosial apabila menganggap video sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum.

Malah ada yang menyifatkan Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak sensitif dan semakin melampau.

Ramai berpendapat Fasha berbuat demikian kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping dan kurus selepas mengamalkan disiplin pemakanan ketat, selain mengambil produk menguruskan badan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Fasha menafikan hal tersebut apabila memberikan bukti dalam bentuk video mengenai aktiviti menari yang sudah dimulakan sejak dulu tanpa mengira saiz tubuh badannya. – MalaysiaGazette