Cubaan seorang lelaki untuk menggoda seorang gadis dengan cara kasar melalu mesej langsung (DM) di Twitter akhirnya membawa padah apabila wanita itu membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kredit foto: Carian Google / Twitter
Wanita itu Izzatul Nazmeen yang menggunakan akaun @NazmeenAmin mendedahkan mesej tidak senonoh lelaki tersebut di Twitternya. Antara kandungan mesej tersebut termasuk ugutan untuk merogol dan menjilat bunt*t.
Izzatul menulis " Salam @SKMM_MCMC @PDRMsia tolong ambik tindakkan untuk budak ni".
Kredit foto: Twitter
Turut disertakan oleh Izzatul ialah akaun lelaki tersebut dan mesej-mesejnya yang cuba menggoda tetapi menggunakan kata-kata berbaur ugutan.
'Dah biasa rogol orang ni, sayang please' kata lelaki tersebut.
Diugut untuk dilaporkan ke balai polis berdekatan, kegatalan lelaki itu semakin menjadi jadi.
Kredit foto: Twitter
'Sampai hati you, I nak bagi you puas, I jilat bont*t you' tambahnya lagi sambal meminta sesi video call (panggilan video).
Izzzatu kemudian membuat laporan polis dan lelaki itu dikatakan menghubunginya untuk meminta maaf dan merayu supaya status pendedahan Izzatul di Twitter dipadam.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Tidak mengendahkan rayuan lelaki itu, Izzatul berkata dia mempertahankan hak wanita dan rogol bukanlah sesuatu yang sewenangnya digunakan untuk bergurau.
Semoga lelaki itu mendapat iktibar daripada kejadian ini. - CARI |