CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9883|Reply: 31

Anugerah Skrin 2010

[Copy link]
Post time 15-10-2010 07:19 PM | Show all posts |Read mode
8 Telefilem Terpilih Pencetus Demam Anugerah Skrin 2010


Jika 2009 merupakan tahun bertuah kepada pengarah dan pelakon tersohor, Eirma Fatima dan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Rosnah Mat Aris, Norish Ismail, Zulhuzaimy, Ida Nerina, Eman Manan, Liyana Jasmay dan Que Haidar, giliran siapa pula yang bakal menjulang trofi Anugerah Skrin kali ini?

Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin memang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air ini bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.


Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2010 yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad berkata, “Anugerah Skrin sudahpun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri. Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”
“Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2010 pada bulan November nanti,” tambah Dato’ Sri Farid Ridzuan.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.


Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama dan filem tempatan. Telefilem dan drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.


Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang tinggi serta mampu menyampaikan mesej positif disamping boleh menarik perhatian penonton.

Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 17 buah telefilem, 13 drama rantaian dan 6 drama komedi telah dicalonkan. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement Sdn Bhd mengikut ‘genre’ masing-masing. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2010, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2010. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00malam – 11.00malam mulai 24 Oktober 2010 hingga 19 Disember 2010. Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan serta sinopsisnya.


TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2010

Ahad, 24.10.10 – Taubat Nasuha

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila mambo, Naim Daniel, Haikal    Raihan, Aliff Ikqmal



Ahad, 31.10.10 – Bagaikan Sumayyah


Shamsiah merupakan mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. Tuan Razak memang tidak dinafikan merupakan seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka-mereka yang susah serta amat berpengarauh. Dalam keadaan itu, Tuan Razak mengambil kesempatan untuk menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya. Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan beberapa pihak termasuk ibu bapanya sendiri yang tidak mempercayai Tuan Razak akan bertindak sedemikian, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Johan. Namun rumah tangga Shamsiah tidak berpanjangan kerana Johan telah termakan fitnah masyarakat mengenai Shamsiah yang dikatakan tidak suci lagi. Oleh sebab itu, rumah tangga mereka berkecai.

Shamsiah masih terus bersabar dengan masyarakat sekeliling yang masih memandang serong terhadapnya hinggalah pada suatu hari, Zura iaitu seorang rakannya pula menjadi mangsa Tuan Razak. Kali ini Shamsiah tidak mahu berdiam diri lagi. Zura dinasihatinya untuk dia mencari bukti bagi mengheret Tuan Razak ke muka pengadilan.Tuan Razak yang mengetahui tindak-tanduk Shamsiah yang cuba untuk mendakwanya, telah menyuruh Murad untuk memberi suapan kepada beberapa keluaga mangsanya bagi menutup mulut dan seterusnya membuatkan Shamsiah kalah dalam dakwaanya dan menangkap Shamsiah bagi menyelasaikan masalah itu dengan memberi Shamsiah beberapa tawaran lumayan. Shamsiah menolaknya dan membuatkan Tuah Razak menjadi marah sebelum menyuruh Murad mengurung Shamsiah dengan tidak diberi makan dan minum. Melihat keberanian dan semangat Shamsiah yang kebal itu, Murad merasa bersalah. Timbul keinsafan dan kesedaran pada dirinya untuk membantu Shamsiah. Murad telah memberitahu keluarga Shamsiah dan menyedarkan orang kampung tentang Tuan Razak.

Orang-orang kampung berkumpul untuk pergi ke rumah Tuan Razak bagi membebaskan Shamsiah. Tuan Razak dan Azman telah ditangkap.Namun Shamsiah sekali lagi berhadpan dengan satu masalah apabila tidak seorang pun mangsa Tuan Razak yang berani tampil untuk membuat aduan bagi mencukupkan bukti dakwaannya Tuan Razak telah dibebaskan dan bercadang untuk keluar dari kampung itu. Namun segalanya musnah apabila pihak polis tiba untuk menangkap Tuan Razak kerana Zura dan semua gadis yang pernah menjadi mangsa Tuan Razak telah tampil untuik bersama-sama Shamsiah yang dilihatnya begitu cekal dan tabah dan menganggap Shamsiah sorang wanita yang berani bagaikan Sumayyah.

Pelakon: Fasha Sandha, Dato’ Rahim Razali, Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz, Normah Damanhuri, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi



Ahad, 7.11.10 – Sebelum Akhirat

Mubarak kini tidak mampu lagi bergerak meskipun didalam hatinya meronta agar kembali sihat untuk menebus dosa-dosa silamnya. Namun itu semua tidak mungkin terjadi kerana dia kini hanya terlantar di katil menanti saat-saat kematiannya. Ditemani bekas ayah mertuanya, Yusuf disisi, membaca Yassin. . Sebelum berkeadaan sekarang, Mubarak selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Ibu bapanya dan rakan-rakan tidak dapat menegur tingkah lakunya kerana dia panas baran. Mubarak terkenangkan masa lampaunya…

Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti meminjamkan duit kepada orang ramai dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberikan wanita cantik kepada orang-orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung membawa mereka ke tempat menguggurkan kandungan. Mubarak memberi duit kepada ibu dan bapanya untuk pergi ke Mekah. Mereka tidak mahu menerima duit tersebut apabila mengetahui duit tersebut datangnya dari sumber haram . Mubarak rasa terhina dan melemparkan kata-kata kesat dan meninggalkan ibu bapanya di kampung. Mubarak berkenalan dengan Noridah, gadis sekampungnya. Hubungan mereka semakin intim namun Mubarak tidak berhajat memperisterikan Noridah yang bekerja di bandar.


Mereka ditangkap khalwat dan terpaksa dinikahkah. Setelah menjadi isteri Mubarak barulah Noridah tahu pekerjaan sebenar suaminya. Noridah dipaksa melayan pelanggan di rumah sendiri. Noridah pernah cuba melarikan diri ke rumah Mrs. Wong tapi sekali lagi menjadi mangsa kerana Mrs. Wong sebenarnya adalah ibu ayam yang giat menjalankan pelacuran. Noridah membuat aduan polis tetapi kerana tidak cukup bukti  untuk mendakwa Mrs. Wong, dia terlepas tetapi akhirnya Noridah dapat membuktikan kesalahannya dan dia telah ditangkap. Noridah tidak sampai hati membuat laporan polis tentang suaminya.

Noridah mendapat tahu ibunya sakit dan perlu dibedah segera. Mereka tidak berkemampuan membayar kos pembedahan. Noridah terpaksa balik ke bandar berjumpa suaminya meminta duit dan Noridah telah dipukul kerana cuba melarikan diri. Sehinggalah Noridah mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia, Noridah terus dipaksa melayan pelanggan di rumahnya. Semasa Noridah hendak ditiduri seorang lelaki, Noridah telah membunuh lelaki itu tetapi lelaki itu juga telah membunuh Noridah. Kedua-duanya meninggal di rumah Mubarak. Mubarak terlepas kerana dia tidak terlibat dengan kejadian itu, tapi Mubrak masih dipenjarakan kerana kesalahan-kesalahan lain. Setelah beberapa tahun di penjarakan, Mubrak dibebaskan. Ibu bapanya telah meninggal dunia, Mubarak tidak sempat meminta ampun. Kehidupannya amat menyedihkan. Kakinya membengkak dan menyukarkannya berjalan.


Seluruh kaki dan badannya ditumbuhi penyakit kulit. Mubarak terfikir apabila dia mati nanti penyeksaan yang akan diterima olehnya sudah tentu lebih dasyat lagi. Walaupun Yusuf bekas ayah mertuanya, tetapi Yusuf masih menyayanginya dan banyak mengajar Mubarak mengaji dan sembahyang. Mubarak hanya terbaring di katil menunggu saat-saat kematiannya. Mubarak meninggal dunia. Yusuf hiba melihat keadaan menantunya yang mendapat balasan didunia. Yusuf sedih kerana Mubrak tidak sempat bertaubat dan sudah tentu Mubarak akan mendapat balasan yang lebih azab di akhirat nanti. Subhanallah……

Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Mia Jia Tan


Ahad, 14.11.10 – Miah Oh Miah

Miah dijaga sejak kecil oleh neneknya di kampung. Hidupnya berubah bila dia tinggal bersama ibunya di bandar. Dia dipaksa bekerja sebagai pembersih pejabat. Duit gajinya banyak dihabiskan oleh kakaknya Salmah dan Salina. Miah sangat suka melihat pakaian Suzi iaitu setiausaha di pejabat tempatnya bekerja. Suzi suka mendapatkan pandangan Miah apabila pergi ke satu-satu majlis. Miah akan memberikan komen dan adakala komennya boleh dipakai.

Ketika Miah berjalan-jalan dia terlihat satu pakaian yang cantik dan menunggu sehingga potongan 50% barulah dia membelinya. Tapi dia menjual baju itu kepada Suzi kerana tidak tahu bila untuk memakainya. Suzi pula memaksa Miah untuk memakai baju itu. Suzi membawa Miah pergi makan malam dengan kelab anak dara tua. Miah terkejut apabila melihat baju mereka cantik-cantik belaka. Suzi kerap melihat Miah termenung dan adakalanya  memakai baju yang sama berulang kali. Miah mengaku menjadi mangsa kakak-kakaknya sehinggakan baju untuk ke tempat kerja pun tidak berganti. Dalam diam Suzi membantu Miah untuk mendapatkan satu lagi pejabat untuk Miah bekerja tanpa pengetahuan emaknya. Sempat satu kali Miah membaiki baju Suzi menjadi begitu cantik dan mendapat pujian ramai. Ramai kawan pejabat Suzi menghantar baju pada Miah untuk diperbaiki. Melalui wang itu Miah menghabiskan masa hujung minggu untuk belajar menjahit. Jamil pembantu pejabat suka membantu Miah. Jamil sanggup membelikan manik-manik untuk Miah. Tempahan semakin banyak. Akhirnya Suzi mencarikan kedai kecil untuk Miah dan mendahulukan wangnya untuk Miah membeli mesin jahit dan mesin sulam.

Tindakan Miah berhenti kerja untuk menumpukan perhatian pada bidang jahitan menyebabkan emaknya naik angin.  Kedai jahit Miah makin berjaya dan dia mula berjinak-jinak untuk mereka fesyen artis. Hidup Miah bertambah kucar kacir apabila kakak-kakaknya gagal mendapat kerja dan bekerja dengannya. Mereka berlagak macam boss dan memandang rendah pada Jamil. Miah tidak dapat mengawal kakak-kakaknya yang banyak membuat janji kosong dengan pelanggan dan makan duit syarikat. Suzi memainkan peranan dan mengusir kakak-kakak Miah. Miah dimarahi emaknya dan ambil keputusan balik ke kampung tapi di marahi oleh Jamil. Mereka menukar nama syarikat dan pindah ke tempat lain. Nenek Miah menyarankan Jamil dan Miah berkahwin memandangkan hubungan mereka terlalu rapat. Suzi pula kecewa ditinggalkan bosnya yang sudah beristeri dan bertekad hanya akan menerima cinta seorang lelaki walaupun lelaki itu berpangkat rendah. Miah terkejut apabila mendapat tahu sebenarnya Jamil menyimpan perasaan pada Suzi. Walaupun sedih Miah berjanji akan menyiapkan baju pengantin untuk Suzi.

Ketika sedang bersedih Miah mendapat durian runtuh apabila seorang pereka fesyen yang terkenal masuk ke kedainya untuk membeli baju pengantin yang direka khas untuk Suzi. Miah enggan menjualnya. Pereka fesyen itu berasa teruja dengan kecantikan semulajadi Miah dan memilih koleksi pakaiannya untuk pertunjukkan fesyen.

Pelakon: Faezah Elai, Pierre Andre, Maimon Talib, Salina Saibi, Zarynn Min, Watie Elite, Datuk Jalaluddin Hassan, Rosnah Johari


Ahad, 21.11.10 – Masyitah

Masyitah mengisahkan kecekalan seorang isteri dan ibu, (Masyitah), dalam mendepani kemelut rumah tangga apabila anak yang dilahirkannya, Faiz mengalami sindrom autisme (lembam). Lebih malang lagi, suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran Faiz. Rohani tidak mahu keluarga mereka yang terkenal sebagai `orang baik-baik’ mendapat malu dengan kehadiran Faiz.

Justeru hubungan Halim dengan Masyitah dan Faiz sentiasa dingin, sehingga akhirnya Halim terjebak dengan cinta terhadap Maya, Pembantu Peribadinya. Dalam usaha menarik perhatian Maya, Halim memburuk-burukkan Masyitah. Kononnya Masyitah lebih mengutamakan anak daripada dirinya. Maya yang tidak tahu perkara sebenar, bersimpati dan akhirnya jatuh cinta pada Halim.


Rohani pula merestui hubungan mereka berdua.

Menyedari dia tidak ada saudara mara kerana dibesarkan di rumah anak yatim dan   tidak di terima oleh keluarga Halim, Masyitah berhenti kerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat jualan langsung untuk memberi perhatian kepada Faiz. Masyitah berusaha mengajar Faiz tahu mengurus diri – mandi selepas bangun dari tidur, kemudian mengenakan pakaian dan makan sebagai persediaan masa depan Faiz sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Namun tidak semudah itu untuk mendidik anak austisme.


Beberapa kali Masyitah hampir tertewas, bagaimanapun atas sokongan kawan baiknya, Alia, akhirnya dia mendapat kembali kekuatan dirinya.

Di saat urusan melFaiz Maya sedang dirancang, Maya mendapat tahu cerita sebenarnya mengenai kemelut rumah tangga Halim dan Masyitah. Maya terkilan dan nekad memutuskan hubungannya dengan Halim. Halim mengesyaki Masyitah yang mensabotajnya, terus memecut kereta dengan laju ke rumah Masyitah. Halim terbabit dalam kemalangan dan akhirnya lumpuh dari arah pinggang ke bawah.

Rohani yang sentiasa sibuk dengan kerja amal sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat bagi memudah mendapat projek, tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Halim. Begitu juga dengan adik Halim, iaitu Haikal, sikap tamak kerana mahukan Rohani menyerahkan sepenuhnya urusan syarikat kepadanya, nekad tidak mahu mengambil berat tentang Halim. Dalam keadaan terbuang itu, Masyitah dan Faiz membawa Halim pulang dari hospital. Halim terharu dan mula menyedari betapa besarnya pengorbanan Masyitah terhadapnya serta perhatian yang diberikan oleh seorang anak lembam kepadanya.

Pelakon: Umie Aida, Eizlan Yusof, Fimie Don, Rozi Othman, Zarynn Min, Azahan Rani


Ahad, 28.11.10 – Dalil Cinta

Nisa adalah seorang gadis berasal dari bandar manakala Zarif pula adalah anak tunggal pasangan dari Felda Bandar Triang. Mereka berkenalan apabila Nisa membawa skuternya yang rosak ke bengkel Zarif dan mula menjalin hubungan cinta. Pada mulanya hubungan mereka direstui oleh kedua ibubapa Nisa dan Zarif sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibubapa Nisa membantah kerana mahukan Nisa menyambung penagajian ke kolej terlebih dahulu. Malah mereka risau dengan sikap Nisa yang sudah tersedia maklum malas dan tidak mahu membuat kerja kerja rumah. Mereka merasakan Nisa masih belum layak. Nisa tidak dapat menerima bantahan kedua ibubapanya lalu mula memberikan pelbagai alasan untuk menyakinkan mereka. Alasan demi alasan yang diberikan akhirnya melembutkan hati ibubapa Nisa terutamanya apabila Nisa berjanji akan belajar membuat kerja rumah serta akan tetap menyambung pengajiannya. Tetapi selepas berkahwin perangai Nisa masih tidak berubah.


Pelakon: Sharifah Amani, Fahrin Ahmad, Wan Norazlin, Liza Abdullah , Tasha Aziz, Kaza



Ahad, 5.12.010 – Lillahi Ta’ala (pencalonan dari TV9)

Azita telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit tibi. Sepanjang penyakitnya itu berada di dalam tubuhnya, dia cukup menderita. Sebagai seorang suami kepada Azita, Kazir tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk isterinya. Setelah berusaha akhirnya Azita sembuh akan tetapi selepas itu kaki Kazir terhempap kereta dan kedua kakinya patah dari bahagian paha ke lutut. Azita terpaksa bekerja oleh kerana wang simpanan mereka telah habis. Akan tetapi, Azita telah menjalin hubungan dengan Johan. Kazir tahu akan kecurangan isterinya akan tetapi hanya mendiamkan diri dan berdoa agar isterinya akan berubah.


Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Rudaini, Tony Eusoff



* 12 Disember 2010 – siaran langsung Konsert Jom Heboh, Bukit Jalil, Kuala Lumpur



Ahad, 19.12.10 – Kepok Dan Nisan (pencalonan dari TV9)

Amani, Kamal dan Salam berkawan dari kecil lagi. Mereka bertiga berhijrah di Kuala Lumpur oleh kerana mereka bertiga merasa bekerja di kampung tidak membawa apa apa faedah. Setelah setahun berlalu, mereka bertiga tidak mendapat pekerjaan yang baik. Lalu mereka merasakan sudah sampai masanya untuk pulang ke kampung. Di kampung setelah puas dimarahi ibu bapa mereka dan gagal mencuba pelbagai pekerjaan akhirnya mereka membuka kedai membuat nisan dan kepok. Perniagaan mereka mendapat sambutan orang orang kampung dan juga menjadi iri hati Raof.

Pelakon: Saiful Apek, Maya Matahari, Zul Yahya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 11:24 PM | Show all posts
buat thread kat sini tak org nk hapdet gasak buat thread bukan
kat bod gossip
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:26 AM | Show all posts
anugerah skrin lg meriah kn berbanding FFM..
tp nape xkasi pemenang berucap? tuhlaa part plg best kalo tgk award shows kn?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:08 PM | Show all posts
i suka BAGAIKAN SUMAYYAH...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:54 PM | Show all posts
besh2 drama... tak sabo tggu rerun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:00 PM | Show all posts
Tak sabar tunggu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2010 10:23 AM | Show all posts
ketegori drama versiri takdok ko??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:16 PM | Show all posts
ketegori drama versiri takdok ko??
beta_carotene Post at 19-10-2010 10:23


kalo kategori drama bersiri..masing2 dok harap Nur Kasih ngan Kekasihku Seru yg menang

wohoooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 09:39 PM | Show all posts
kalo kategori drama bersiri..masing2 dok harap Nur Kasih ngan Kekasihku Seru yg menang

wohooo ...
chaintea Post at 20-10-2010 14:16


kakchik oii.. kekasihku seru dah menang DRAMA BERSIRI TERBAIK tahun lepas tawwwww
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:48 PM | Show all posts
neh ai nak saggest, utk drama2 bersiri utk anugerh skrin,
why not buat ikut slot kan??

AKASIA
Adamaya
Ilusi
Na O Mei
Cinta Balqis
Matahari
Epilog Syurga Cinta

LAGENDA
Nenek Kebaya
Siti Kelembai
Ular Emas
Sumpah Bunian
Sumpah Orang Minyak

SERAM
Keliwon
Roh Kembali
Penunggu Gunung Raya
Tower 13
Durja Ningsun

ZEHRA
Nur Kasih
Janji Kekasih
Aliff Firdaus

LESTARY
Hotel Mania
La Dolce Amira
Tari Tirana
Cinta Untuk Ain
Ku Milikmu

AKSI
Kapten Kit
Arjuna
Bio-Nik
Jidin
Pepaya
Rempit vs Impak Maksima
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:24 AM | Show all posts
kakchik oii.. kekasihku seru dah menang DRAMA BERSIRI TERBAIK tahun lepas tawwwww
beta_carotene Post at 20-10-2010 21:39


oooo ek? hahahaha sungguh la aku x mengikuti perkembangan dunia hiburan kt tv 3

hehehe my mistake sowieeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:55 AM | Show all posts
Best lagi Anugerah Skrin daripada FFM. FFM tak kuasa haku lahyan. Kalau ada Anugerah Sri Angkasa lagi haku lahyan la. Banyak kategori dipertandingkan, rancangan bersiri la, iklan tv la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rhyno at 4-11-2010 18:00

Ramalan calon2 dan pemenang pilihan Rhyno:

Pelakon Drama Lelaki Terbaik

1. Fauzi Nawawi - drama Taubat Nasuha
2. Zamarul Hisham - drama Lillahi Ta'ala
3. Fauzi Nawawi - drama Sebelum Akhirat
4. Fimie Don - drama Masyitah
5. Pierre Andre - drama Miah oh Miah

Pelakon Drama Wanita Terbaik

Sharifah Amani - drama Dalil Cinta
2. Fasha Sandha - drama Bagaikan Sumayyah
3. Sheila Rusly - drama Taubat Nasuha
4. Umie Aida - drama Masyitah
5. Lisdawati - drama Sebelum Akhirat

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Dato Rahim Razali - drama Bagaikan Sumayyah
2. Eizlan Yusof - drama Masyitah
3. Dato Jalaludin Hassan - drama Taubat Nasuha
4. Fahrin Ahmad - drama Dalil Cinta
5. Zul Yahya - drama Kepok

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Wan Noor Azlin - drama Dalil Cinta
2. Wan Maimunah - drama Bagaikan Sumayyah
3. Liza Abdullah - drama Dalil Cinta
4. Sheila Mambo - drama Taubat Nasuha
5. Mia Jia Tan - drama Sebelum Akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 01:01 AM | Show all posts
cuma sempat tgk bagaikan Sumayyah..
bagi fasha menang lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 07:11 AM | Show all posts
Dengarnya: Awal dan Vanidah hos ASK 2010?

2010/11/26

JIKA pada tahun lalu, Anugerah Skrin (ASK) yang bertemakan 1001 Malam diacarakan oleh Afdlin Shauki dan Fara Fauzana, dua personaliti yang sememangnya cukup dikenali dalam bidang masing-masing, tahun ini ASK2010 yang akan berlangsung pada 24 Disember khabarnya menampilkan dua pelakon popular sebagai hosnya.

Pada edisi 2009, Cik Normah dan rakan-rakan memang tidak dapat menahan gelak apabila Afdlin yang comel dengan pakaian golongan bangsawan Arab dulu-dulu mengusik Fara, dan begitulah juga sebaliknya. Kiranya, gabungan mereka agak menjadi!

Namun, bagaimana pula ASK kali ini apabila Cik Normah dengar cerita, tugas sebagai pengacara bakal diserahkan kepada Awal Ashaari dan Vanidah Imran.
Bagi Cik Normah, gandingan kedua-dua pelakon ini memang nampak menarik. Awal sememangnya kerap tampil di pentas pengacaraan menerusi beberapa program popular termasuk One In A Million dan Mari Menari. Manakala Vanidah yang digembar-gemburkan sebagai pengacara baru Nona turut mempunyai aura tersendiri apabila bertugas di atas pentas sebagai hos.

Mungkin juga pemilihan Vanidah dibuat bagi memberikannya sedikit ruang membuktikan bahawa dia juga hebat sebagai seorang pengacara, sebelum mengendalikan program televisyen popular itu.

Cuma, Cik Normah harap, kalau betullah cerita yang sampai ke telinga Cik Normah ini, biarlah elemen komedi akan turut disuntik sama dalam gaya pengacaraan mereka nanti. Bagi Cik Normah, selain kebijaksanaan pengacara mengawal perjalanan atau suasana sesebuah majlis, keupayaan mereka membuatkan penonton ketawa juga amat penting kerana ia mampu membuatkan penonton berseronok pada acara terbabit.

Alang-alang bercerita mengenai ASK2010, Cik Normah berasakan, beberapa drama bakal berentap hebat pada acara kemuncak nanti. Drama Taubat Nasuha lakonan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi, Bagaikan Sumaiyyah (Datuk Rahim Razali, Fasha Sandha) dan Sebelum Akhirat (Fauzi Nawawi, Lisdawati) serta beberapa drama lain termasuk Lillahi Taala, Antara Garisan dan Kaki dikatakan mampu memikat juri pada acara itu nanti.
Kita pakat tunggu dan tengoklah nanti, apakah calon pilihan masing-masing akan menaiki pentas menerima pengiktirafan pada malam berkenaan. Cik Normah pula sedang fikir, nak pakai baju apa malam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 08:10 AM | Show all posts
Aku nak sokong Taubat Nasuha leh x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2010 07:12 PM | Show all posts
boleh...harap sgt Fauzi Nawawi rangkul Best Actor....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2010 11:42 AM | Show all posts
KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

KATEGORI DRAMA

1. Drama Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
6. Pengarah Terbaik Drama
7. Lakon TV Terbaik
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Drama Komedi Terbaik
10. Videografi Terbaik

KATEGORI FILEM

1. Filem Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
6. Pengarah Terbaik Filem
7. Lakon Layar Terbaik Filem

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik
3. Rancangan Hiburan Terbaik
4. Rancangan Muzikal Terbaik
5. Rancangan Realiti Terbaik
6. Laporan Khas/Berita Terbaik

ANUGERAH KHAS JURI

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010

KATEGORI DRAMA – Telemovie

   1. Cerekarama – Taubat Nasuha
   2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
   3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
   4. Cerekarama – Miah Oh Miah
   5. Cerekarama – Masyitah
   6. Cerekarama – Dalil Cinta
   7. Panggung Seri – Kaki
   8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
   9. Citra – Dendam Seorang Isteri
  10. Pangung Sabtu: Perempuan
  11. Kepok & Nisan
  12. Lillahi Ta’ala
  13. 60Km
  14. Datang Bulan
  15. Antara Garisan
  16. Fatimah Juling
  17. Selipar Jepun Suria

KATEGORI DRAMA – Drama Berantai

   1. Adamaya
   2. Nenek Kebaya
   3. Tari Tirana
   4. Jangan Pandang Belakang
   5. Si Capik
   6. Skuad Polis: Gerakan Marin
   7. Ghost
   8. Blogger Boy
   9. Awan Dania Siri 2
  10. Kau Dan Aku
  11. Halimah Jongang The Series

KATEGORI DRAMA – Drama Komedi

   1. Senario
   2. Teres Kembar 4
   3. Londeh
   4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)

KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)

   1. Skrip 7707
   2. Setem
   3. Momok The Movie
   4. Jin Notti
   5. Papadom
   6. Pisau Cukur
   7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
   8. My Spy
   9. Santau
  10. Pulau Asmara
  11. Muallaf
  12. Duhai Si Pari Pari
  13. Adnan Sempit
  14. 2 Hati Satu Jiwa
  15. Niyak Rampik
  16. V3 Samseng Jalanan
  17. Evolusi Kl Drift 2
  18. Semerah Cinta Stilleto
  19. Hooperz
  20. Belukar
  21. Andartu Terlampau Mencari Suami
  22. Kecoh Betul
  23. Lagenda Budak Setan
  24. Kapoww
  25. Zoo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 08:01 AM | Show all posts
Magika tak penuhi syarat
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


MAJLIS pelancaran Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang sudah masuk sedekad penganjurannya, bakal memperlihatkan filem yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, Magika tidak akan dipertandingkan. Sebalik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:47 AM | Show all posts
Lillahita'ala tu best jugak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.075358 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list