CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 19

[Tempatan] Nasrom pelopor akademi memandu patuh syariah di Malaysia

[Copy link]
Post time 30-1-2022 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-1-2022 05:06 PM

Nasrom pelopor akademi memandu patuh syariah di Malaysia
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 30 Januari 2022



Zuraidin (dua dari kiri) bersama Nursafriza (kanan) dan Amar Mirza (dua dari kanan) semasa Majlis Pelancaran Akademi Memandu Nasrom Patuh Syariah di Kedai Lalat, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Nasrom Sdn Bhd mewujudkan akademi memandu patuh syariah pertama di negara ini sekali gus menjadi pelopor dalam melahirkan pemandu berdisiplin pada masa hadapan.

Pengurus Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd, Nursafriza Ab Halim berkata, melalui kerjasama dengan BeDaie itu, pihaknya menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan agama seperti membaca doa sebelum menaiki kenderaan.

Selain itu kita turut mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan bagi memastikan elemen patuh syariah itu dipenuhi sebaik mungkin. Kita turut menetapkan kelas pemanduan melibatkan wanita akan dikendalikan oleh golongan berkenaan sekali gus dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan," katanya semasa Majlis Pelancaran Akademi Memandu Nasrom Patuh Syariah di Kedai Lalat di sini pada Sabtu.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Exco Belia; Sukan dan NGO Kelantan, Zuraidin Abdullah dan hadir sama Pengasas BeDaie, Amar Mirza Ab Kadir Jailani.

Menurutnya, situasi itu juga meningkatkan lagi rasa selamat dalam kalangan pelajar serta kebimbangan ibu bapa setiap kali anak mereka mengikuti sesi latihan pemanduan di akademi ini.

Beliau berkata, tenaga pengajar turut dibekalkan dengan ilmu agama dalam usaha menjadikan mereka lebih berintergriti sekali gus merealisasikan hasrat akademi melahirkan pemandu berdisiplin dan mengikut segala peraturan undang-undang.

Nursafriza berkata, Akademi Memandu Nasrom memilih BeDaie sebagai rakan stragetik kerana mereka mempunyai modul ringkas dan padat dalam menjayakan misi berkenaan.

Sementara itu, Zuraidin berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah diperkenalkan oleh akademi berkenaan yang dilihat selari dengan dasar pentadbiran di sini.
"Modul patuh syariah ini bukan sahaja mendidik pelajar soal pemanduan malah adab dalam pergaulan selari dengan ajaran agama.

"Bermula dengan bacaan doa dan sebagainya, saya lihat ia adalah salah satu bentuk tarbiah terbaik dalam melahirkan pemandu berdisiplin pada masa hadapan,' katanya.

Beliau berkata, usaha itu wajar dijadikan sebagai contoh dan ikutan untuk akademi memandu yang ada di Malaysia.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... syariah-di-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu sekolah memandu sama jantina tak dengan pelajar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:37 AM | Show all posts
Alhamdulillah, bagus juga usaha sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sekolah memandu biasa tu tak patuh syariah ke, student perempuan dgn cikgu laki skalipon bukannya ada kena bersentuhan atau unsur2 haram?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la nak buat camni, tp ntah la.. benda ni patut di buat kat skolah betul yg mmg tempat bdk-bdk belajar tekankan benda ni, pusat tahfiz yg skrg dah byk unsur pelik-pelik. Skolah Memandu ni ko nak focus driving ke kelas agama pulak jadinya, masuk driving class pun umur dah byk heran ke bdk-bdk tu nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
wajib pakai jubah dan bertudung labuh ke acaner
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 30-1-2022 09:16 AM
Cikgu sekolah memandu sama jantina tak dengan pelajar?

"Selain itu kita turut mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan bagi memastikan elemen patuh syariah itu dipenuhi sebaik mungkin. Kita turut menetapkan kelas pemanduan melibatkan wanita akan dikendalikan oleh golongan berkenaan sekali gus dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan," katanya semasa Majlis Pelancaran Akademi Memandu Nasrom Patuh Syariah di Kedai Lalat di sini pada Sabtu."

Ikutkan dalam artikel, ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 11:26 AM | Show all posts
Ada kes meraba ke camne? Melayu ni asal biz je sikit2 patuh syariah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 30-1-2022 09:57 AM
sekolah memandu biasa tu tak patuh syariah ke, student perempuan dgn cikgu laki skalipon bukannya ad ...

Mungkin dalam hal ini dapat mengelakkan berdua dalam kereta sewaktu berlatih memandu.

Sebagai perempuan, sy pun lebih suka kalau yang mengajar pun perempuan. Tak semua selesa dengan jantina berlainan, tmbh lagi dapat elakkan kes2 ganggu "gurauan".
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 30-1-2022 11:13 AM
wajib pakai jubah dan bertudung labuh ke acaner

Patut la dipanggil datin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:30 PM | Show all posts
a-eh apsal ko gagal ujian memandu
b-fail tang doa naik kenderaan...x cukup dengung nye...jgn mare yerr
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 30-1-2022 12:13 PM
Patut la dipanggil datin..

erk ada kaitan ke
kt ofis i ckp sopan2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje replied at 30-1-2022 11:24 AM
"Selain itu kita turut mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan bagi memastikan elemen patuh syar ...

Alhamdulillah. Semoga ada driving school negeri lain yang buat kaedah begini juga.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje replied at 30-1-2022 11:31 AM
Mungkin dalam hal ini dapat mengelakkan berdua dalam kereta sewaktu berlatih memandu.

Sebagai pe ...

silap2 pelajar lelaki yg jd mangsa cikgu lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Imgatkan Nakharom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 30-1-2022 01:14 PM
silap2 pelajar lelaki yg jd mangsa cikgu lelaki

Boleh jadi juga. Tapi mengikut statistik ia lebih rendah berbanding lelaki terhadap perempuan. So one step at a time. Kita kurangkan kebarangkalian buruk dengan kadar yang lagi tinggi, kemudian kita boleh tumpukan resources untuk membendung permasalahan seterusnya / yang lebih rendah.

Hal lelaki ganggu lelaki, sekarang yang menjadi isu adalah untuk menormalisasikan melapor gangguan tanpa berasa malu bagi mangsa lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
asalkan boleh buat bisnes..gune name islam, tunggang selagi boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah lebih ramai cikgu memandu wanita.

Dulu cikki mana yg tweet kata guru kelas memandu gatal.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 30-1-2022 09:57 AM
sekolah memandu biasa tu tak patuh syariah ke, student perempuan dgn cikgu laki skalipon bukannya ad ...

Byk kes yg student pompuan kena cium,kena pegang .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.281231 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list