Pokok Semalu

Pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh, dan kembang semula selepas beberapa minit. Petang tadi dilontarkan soalan dari adek ana sendiri…, soalan tentang pokok semalu.,
”  kenapa daun dia tertutup bila kita pegang?” .., nie abang  jawabkan..,  “Sebab dia nak melindungi dirinya dari dirosakkan,”.., =) .., adek.., pokok semalu ini pokok perempuan., abang ambil contoh orang perempuan yang pakai tudung., Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya.,
Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri.

 

p/s:

Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.

 

Leave a comment