Saya bukan ustazah – Lisa Surihani

Saya bukan ustazah – Lisa Surihani

Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani, 37, gementar setiap kali ditanya mengenai terdapat segelintir pihak yang gagal istiqamah kerana kecundang di pertengahan jalan.

Lisa berkata, selain masih belajar dan memahami agama Islam, dia juga menyifatkan dirinya bukanlah ustazah yang boleh memberikan komen mengenai hal tersebut.



“Sejujurnya, saya agak gementar menjawab soalan begini. Sebab saya memang bukan ustazah. Saya tak pasti sejauh mana yang saya katakan, sebab saya belajar daripada mereka yang lebih arif.

“Saya bukan siapa-siapa, semuanya milik dan pinjaman Allah. Lagipun, hati ini rapuh.

“Kalau kita sempurna dan sudah baik, maka baiklah sentiasa. Itu bukan kejadian kita, sebab kita memang tidak sempurna. Dari segi fizikalnya dan tingkah laku.

“Apa yang saya boleh nasihat kalau terjerumus kalau boleh jangan biarkan kita dalam keadaan begitu. Bila kita meminta keampunan Allah, nescaya dapat pengampunan,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi.



Dalam pada itu, Lisa bersyukur apabila sering dijadikan rujukan dan pencetus kepada wanita untuk berubah ke arah kebaikan.

“Kalau nampak yang baik-baik saya bersyukur sangat. Saya mendoakan moga dikurniakan keberkatan untuk kita semua dan dikurniakan keampunan.

“Saya banyak lagi perlu belajar. Saya bukan siapa-siapa. Semuanya milik Allah,” ujarnya. BH

Saya bukan ustazah – Lisa Surihani



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker