RM5,109.00

1 in stock

1 in stock

1) Jenis: tepak sirih bulat antik
diameter: 26cm
tinggi: 14cm 
struktur buatan: tembaga & kayu
asal: Malaysia

Keterangan: Tepak sirih merupakan bekas menyimpan bahan-bahan dan alat menyediakan daun sirih untuk dimakan kunyah dalam kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina Peranakan di Nusantara & Asia Tenggara. Alat ini kebiasaannya diguna dalam upacara adat rasmi, majlis perkahwinan, persembahan tarian tradisi serta istiadat diraja. Tepak buatan tangan ini diperbuat dari tembaga lama yang mempunyai cembul kecil untuk mengisi buah pinang, kapur makan, gambir, tembakau, cengkih & daun sirih bersama dengan gobek sirih dan kacip pinang berukir indah.

Tepak sirih antik ini telah disimpan selama beberapa generasi merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya. Tepak sirih bulat ini jarang dijumpai dan merupakan koleksi tepak seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan tembaga Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah.

Weight 900 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TEPAK SIRIH bulat tembaga (ANTIK)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top