berita

Baju Terbelah Sampai Paha Sambil ‘Cat Walk’, Netizen Tazkirah Fasha Sandha – ‘Makin Lama Makin Tak Malu’

August 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon jelita, Fasha Sandha sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila ada yang mendakwa penampilannya semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan.

Dakwaan tersebut tercetus selepas Fasha memuat naik satu video di Instagram miliknya.

Seksinya Fasha?

Menerusi video pendek tersebut, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dilihat memakai dress berwarna hitam dan putih sambil ‘cat walk’ di jalan raya di Bukit Bintang.

Tetapi apa yang membuatkan netizen kurang senang adalah pakaian yang dipakai pelakon berusia 39 tahun ini agak singkat dan terbelah sehingga menampakkan separuh kaki kirinya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Fasha memakai ‘pantyhose’ berwarna kulit atau tidak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Fasha agar menutup aurat dan menjaga maruah serta imejnya sebagai seorang wanita Islam.

Meskipun mendapat pelbagai kritikan dan nasihat daripada netizen, tetapi setakat artikel ini ditulis, isteri kepada pelakon Aidil Aziz langsung tidak memberi sebarang respon terhadap komen yang diterima.

Komen netizen

Sumber: Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×