berita

CCTV Kantoikan Wanita Selamba Buang Bayi Dalam Tong Sampah Selepas Bersalin Dalam Lif

August 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bayi dibuang

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita tergamak membuang bayi ke dalam tong sampah selepas melahirkannya di dalam sebuah lif.

Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dipenjara 50 Tahun, Lemaskan Bayi Baru Lahir Dalam Tab Mandi

Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati

Buang & lap kesan darah

buang bayi

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut memaparkan seorang wanita sedang berada di dalam lif sebuah bangunan kediaman di China pada jam 8.44 malam 21 Ogos lalu.

Beberapa saat kemudian, dia dilihat sedang membongkok di sudut lif berkenaan sebelum merangkul seorang bayi.

Wanita yang dipercayai sedang bercuti di Chongqing itu mengelap kesan darah pada bayi, tapak kasutnya serta di lantai lif.

Setelah lif berhenti, wanita berkenaan dengan pantas keluar dan membuang bayinya ke dalam tong sampah berdekatan dengan lif tersebut.

Dia turut menggunakan kertas tisu yang banyak untuk menyembunyikan bayi malang itu.

Tindakan wanita itu diperhatikan oleh seorang warga emas namun lelaki tersebut gagal menyedari keberadaan bayi di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pada malam itu penduduk setempat berjaya menemui bayi berkenaan lalu bertindak menghubungi pihak polis sebelum dibawa ke hospital.

Menurut kakitangan hospital, bayi itu dibenarkan keluar setelah beberapa hari menerima rawatan dan kini berada dalam jagaan wanita tersebut serta pasangannya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet mengecam tindakan ibu bayi berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak sendiri.

Sumber: Asiaone

SKIP THIS AD ×