berita

Dalam Sibuk Jaga Lima Orang Anak, Ayu Raudhah Cabar Diri Jadi Usahawan

April 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan pentas lakonan. Namun, Ayu memilih untuk memperlahankan kerjaya seni selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.

Artikel Berkaitan: ‘Che Ta Pergi Sekolah Pun Pakai Sarung Kaki, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak’ – Ayu Raudhah

Fikir banyak kali nak terima

Menurut Ayu, 38, dia tidak pernah terdetik untuk melupakan terus karier lakonan. Katanya, perasaan rindu untuk kembali muncul di kaca televisyen masih tebal di hati.

Bagaimanapun, pemilik nama Raudhah Che Wan @ Abu Bakar terpaksa menolak tawaran berlakon dan menumpukan sepenuhnya kepada lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel yang berusia 10 bulan.

Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan.

Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.

Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata.

Ayu dan Zaquan ditemui ketika sesi sidang media bagi memperkenalkan koleksi baju kurung jenama byLR x Ayu Raudhah di Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sibuk berniaga pakaian wanita

Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.

Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian wanita mampu milik, byLR, Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) menyerlahkan lagi pengalaman kerana percaya itu akan menjadi harta bernilai.

Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.

Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan.

Koleksi raya byLR turut menampilkan anak perempuan Ayu sebagai model.

Sasar RM1 juta jualan dalam sebulan

Kata adik kepada aktres Rozita Che Wan lagi, dia dan jenama byLR nekad untuk mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.

Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.

10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah.

Di samping itu, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya. Untuk maklumat lanjut anda boleh merujuk pada pautan https://linktr.ee/bylrofficial.

SKIP THIS AD ×