berita

‘Saya Tak Halal’ – Neelofa Amuk, Wajah & Suara Diguna Scammer Untuk Promosi Pakaian Dalam

October 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

neelofa scammer

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berang apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan videonya dengan tujuan untuk memanipulasi orang ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Inilah Wajah Menghiasi Neraka Jahanam, Penghulu Iblis’ – Neelofa

Artikel Berkaitan: Neelofa Bertukar Jadi ‘Zombie’, Layan Ragam Anak Bangun Setiap Jam Tengah Malam -‘Rasa Nak Nangis’

Scammer ambil kesempatan

neelofa scammer

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan tangkap layar akaun Facebook (FB) yang menggunakan wajahnya untuk mempromosikan pakaian dalam wanita.

Dalam masa yang sama, selebriti berusia 34 tahun ini menyelar tindakan ‘scammer’ berkenaan dengan menyifatkan mereka seperti golongan Yahudi yang dilihat suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Ini satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai Zionis Israel.

Setiap sen yang anda dapat daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila.

Tolonglah buat laporan fake scam FB akaun. Cari rezeki haram guna gambar, video orang tanpa kebenaran.

Lebih parah lagi, bukan sahaja wajah Neelofa dijadikan bahan iklan malah suaranya juga ditiru dan diguna pakai untuk tujuan yang sama.

Perempuan mana yang tiru suara saya tu, kalau Melayu Islam lagi..memang spesis Yahudi laknatullah.

Saya tak halal, makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini.

Sumber: Intstagram Neelofa

SKIP THIS AD ×