Tanda sihir pemisah – punca suami isteri bermusuh & bercerai

Apa itu sihir pemisah?

Sihir pemisah ni biasanya diguna untuk satu tujuan je, iaitu nak pisahkan pasangan yang belum kahwin, suami isteri, atau keluarga yang bahagia. 

Sebabnya, ada orang yang dengki je nak rosakkan kebahagiaan kita. Jadi, kita kena pandai melindungi diri daripada sihir pemisah ni dengan amalkan bacaan 3 Qul.

tanda sihir pemisah pada diri & pasangan

Tanda-tanda sihir pemisah

22 tanda sihir pemisah yang mungkin berlaku pada suami isteri:

  1. Selalu gaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas
  2. Tak ada nafsu dengan pasangan
  3. Ingin cerai tanpa sebab yang jelas
  4. Selalu mimpi buruk, tempat kotor, atau binatang buas
  5. Lebam satu badan tanpa sebab
  6. Susah tidur malam, susah nak bersama dengan pasangan
  7. Selalu nampak kesalahan pasangan, rasa besar je kesalahan tu
  8. Rumah sering bau busuk atau tak selesa bila bersendirian
  9. Rasa diperhatikan, terutama bila ada dalam rumah
  10. Kerap mimpi pasangan curang
  11. Panas baran melampau bila berada di dalam rumah, tapi cool bila berada di luar rumah
  12. Tidak bernafsu dengan pasangan tapi bernafsu dengan orang lain
  13. Kerap mimpi bersetubuh
  14. Kerap mimpi lelaki atau perempuan yang tak dikenali
  15. Nampak pasangan buruk dan hodoh, sebabkan kita jauhkan diri
  16. Benci antara satu sama lain, tapi rindu bila berjauhan
  17. Ada masalah komunikasi yang tidak pernah ada sebelumnya
  18. Tidak ada keinginan untuk bekerja sama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga
  19. Salah satu pasangan menjadi lebih tertutup dan sukar untuk berbicara tentang perasaan
  20. Terdapat perubahan yang drastik dalam personaliti salah satu pasangan
  21. Alami masalah anxiety disorder – Selalu overthinking perkara yang tak ada.
  22. Alami kemurungan, hilang semangat & rasa down tanpa sebab yang jelas.

Sekiranya kita perasan ada beberapa tanda-tanda di atas, eloklah kita ambil langkah berjaga-jaga dan mencari kaedah rawatan yang sesuai. 

Ingatlah, kita perlu sentiasa melindungi diri dan rumahtangga kita sebab hubungan dalam rumahtangga ni adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan biarkan ianya semakin teruk.

Tanda sihir pemisah - Punca suami isteri bertengkar

Boleh ke sihir pemisah dirawat?

Ya, sihir pemisah boleh dirawat. 

Rawatan sihir pemisah biasanya melibatkan kaedah-kaedah perubatan Islam seperti ruqyah dan amalan-amalan tertentu yang diajarkan dalam Islam.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk merawat sihir pemisah:

  1. Mendapatkan bantuan perubatan: Berjumpa dengan pengamal perubatan Islam alternatif yang berpengalaman dan ada pengetahuan dalam merawat masalah masalah gangguan sihir. WhatsApp untuk bantuan.
  2. Ruqyah mandiri: Ruqyah mandiri adalah cara yang boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa khusus yang bertujuan untuk melindungi diri dan keluarga dari gangguan sihir atau jin.
  3. Meningkatkan amalan: Amalkan bacaan 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) untuk melindungi diri dari hasad dengki dan sihir. Solat 5 waktu, berzikir, dan membaca Al-Quran juga penting untuk memperkuat benteng diri.
  4. Pencegahan: Jaga kehidupan peribadi dan kebahagiaan rumahtangga supaya tidak menjadi sasaran orang yang dengki. Elakkan berkongsi terlalu banyak tentang kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Gambar gambar full tu semua elok buang. Gambar yang tak perfect saja masukkan. InsyaAllah. 
  5. Support pasangan: Kerjasama dan saling bertolak ansur antara suami isteri sangat penting dalam melawan sihir pemisah. Berdoa bersama, membina hubungan yang kuat dan saling memahami perasaan masing-masing.
  6. Rawatan jarak jauh: Kalau pasangan tak mahu pergi ke pusat rawatan, rawatan jarak jauh boleh menjadi kaedah alternatif. Pengamal perubatan Islam boleh membantu merawat sihir pemisah melalui kaedah jarak jauh. Biasanya kes sihir pemisah ni memang perlukan rawatan dari jarak jauh. 
Tanda sihir pemisah - Punca kemurugan, panas baran terhadap pasangan

Usaha lain diperlukan selain rawatan Islam

Walaupun rawatan Islam seperti ruqyah dan amalan lain sangat penting dalam mengatasi sihir pemisah, terdapat juga usaha-usaha lain yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan melawan sihir pemisah.

Beberapa contoh usaha yang boleh dilakukan selain rawatan Islam:

  1. Berbincang secara terbuka: Suami dan isteri perlu meluangkan masa untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam rumahtangga. Komunikasi yang baik akan membantu memahami perasaan dan keperluan pasangan.
  2. Mendapatkan nasihat dan bimbingan: Ajak pasangan ke pejabat agama atau berjumpa dengan kaunselor perkahwinan yang dapat membantu memberi nasihat dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.
  3. Membina hubungan yang lebih baik: Luangkan masa berkualiti bersama, seperti pergi bercuti, makan malam, atau menghadiri kelas perkahwinan bersama. Aktiviti-aktiviti ini akan membantu meningkatkan keintiman dan kepercayaan antara suami isteri.
  4. Saling memaafkan: Belajar memaafkan kesalahan pasangan dan mengambil iktibar daripada setiap peristiwa dalam kehidupan berumah tangga.
  5. Menyokong satu sama lain: Sama-sama berusaha untuk menjadi pasangan yang lebih baik dengan saling menyokong dalam setiap aspek kehidupan, termasuk pekerjaan, pendidikan, dan kehidupan sosial.
  6. Meningkatkan kepercayaan: Kepercayaan adalah asas hubungan yang sihat. Usahakan untuk menjaga kepercayaan pasangan dengan menepati janji, jujur dalam perkara-perkara penting, dan menjaga hati pasangan.
  7. Berdoa bersama: Berdoa bersama sebagai suami isteri akan menguatkan hubungan rohani dan membantu melindungi rumahtangga dari gangguan sihir dan jin. Sediakan waktu khusus setiap hari untuk berdoa bersama.
  8. Berkongsi tanggungjawab: Saling membantu dalam menjalankan tanggungjawab harian seperti menguruskan anak-anak, membersihkan rumah, dan memasak. Tanggungjawab yang dikongsi akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kerjasama dalam rumahtangga.
Tanda sihir pemisah yang ramai tak tahu

Kesimpulan

Kalau kita selalu gaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas, cuba buat check up pada diri dan pasangan. Benda ni penting, jangan sampai dah bercerai baru nak usahakan.

Ceritakan masalah pada pengamal perubatan Islam, dan mereka akan tengok tanda-tanda pada diri kita. Jangan anggap bergaduh ni perkara remeh je. 

Sihir pemisah boleh dibuang dan dikunci supaya tak datang lagi pada diri kita.