Você está na página 1de 2

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERMAINAN TRADISONAL SELIPAR TIGA Kelebihan Selepas amali permainan tradisional dijalankan pada 18 Mac

2013 (Isnin) dijalankan bersama unit J1, kami telah membuat kesimpulan tentang permainan tradisional ini mengenai kelebihan dan kelemahan permainan tradisional selipar tiga ini. Kami telah mendapat maklum balas yang baik dari ahli kumpulan dan ahli kumpulan yang lain. Banyak juga kelebihan dan kelemahan yang kami peroleh sepanjang mengendalikan aktiviti permainan tradisional selipar tiga ini. Daripada aktiviti permainan ini, antara kelebihan yang kami simpulkan iaitu aktiviti ini amat menyeronokkan dan menarik untuk diaplikasikan di sekolah. Selain itu juga, permainan ini merangsang daya pemikiran setiap pemain untuk menyusun strategi untuk menyusun selipar tersebut dalam masa yang singkat tanpa mati salah seorang pun ahli kumpulan yang diserang oleh pihak penyerang.

Apabila kita melakukan sesuatu itu secara berkumpulan, secara tidak langsung, dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk mempertahankan kumpulan masing-masing. Di samping itu, hubungan silaturrahim dapat dieratkan tambahan pula permainan ini banyak menggunakan pergerakan psikomotor. Pergerakan psikomotor ini juga membantu menyihatkan badan dan permainan ini sesuai untuk aktiviti riadah. Semasa bermain, sifat toleransi juga dapat dijalinkan untuk membentuk sebuah pasukan yang dapat membantu sesama ahli kumpulan untuk menyusun selipar itu sehingga berjaya.

Permainan ini mudah dan selamat sekiranya cara permainan tersebut mengutamakan kriteria keselamatan setiap pemain. Syarat wajib yang perlu ditetapkan oleh pengelola permainan ialah memastikan peralatan yang digunakan semasa membaling selipar tersebut adalah lembut dan tidak menyakitkan dan balingan hanya dapat dilakukan dari paras pinggang ke kaki dan risiko kecederaan kemungkinan rendah.

Kelemahan

Di samping terdapat kelebihan yang ada dalam permainan ini, terdapat juga kekurangannya. Tetapi kekurangannya dapat dilihat dari segi pengurusan permainan yang telah kumpulan kami kelolakan. Kami telah mengenalpasti kelemahan tersebut antaranya kami tidak menerangkan secara jelas mengenai undang-undang permainan dan menyebabkan para pemain menjadi keliru dan sukar memahami cara permainan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti kelemahan yang amat ketara iaitu dari segi pembahagian kumpulan. Walaupun kami telah menetapkan untuk meletakkan 8 orang satu kumpulan, tetapi pembahagian nama ahli kumpulan tidak kami nyatakan. Itulah kelemahan yang paling ketara yang telah ditegur oleh pensyarah kami, iaitu Encik Mokhtar. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak segala nasihat tersebut akan kami ambil untuk dijadikan sebagai titik tolak untuk memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Di samping itu juga, dari segi saiz sebenar kedudukan tempat permainan juga terdapat sedikit perubahan disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku ketika persiapan tempat dilakukan serta penggunaan bip untuk menentukan yang mana pihak pertahanan ataupun pihak penyerang juga terdapat sedikit kekeliruan berikutan warna bip kadang-kala tidak dapat membezakan ahli kumpulan pertahanan mahupun penyerang. Kami telah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah juga agar penggunaan warna yang kontras adalah digalakkan agar perbezaan tersebut jelas kelihatan untuk memudahkan pemain mengenalpasti ahli kumpulan masing-masing.

Você também pode gostar