Sunteți pe pagina 1din 3

MAKLUMAT PERMAINAN LEMPAR SELIPAR

Permainan lempar selipar atau susun selipar merupakan


sejenis permainan tradisional kanan-kanak Malaysia. Ia sama seperti
permainan lempar tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan
untuk permainan ini. Selipar disusun menegak dan dibaling untuk
menjatuhkan.
Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan
hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia.
Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan
rakyat.

Cara Permainan Lempar Selipar

1. Balingan
Permain pertama akan manjatuhkan susunan selipar dalam jarak
yang ditetapkan. Sekiranya permain pertama tidak berjaya akan
diikuti oleh permain lain sehinggalah habis permain dalam kumpulan
tersebut. Setiap permain hanya diberikan sebanyak 3 kali
percubaan.
2. Susunan Jatuh
Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan
jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan permain yang
membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah
menyusun kembali susunan selipar tadi. Jika susunan tidak berjaya
disusun kumpulan tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya,
kumpulan tersebut akan membuat balingan kembali.
3. Pihak penjaga
Pihak ini akan diberi satu selipar untuk mematikan pihak lawan.
Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa membuat
balingan. Mereka perlu membuat lemparan kepada kawan ataupun
melempar selipar ke arah hadapan untuk bergerak. Jika mereka
berjaya mematikan pihak lawan, mereka pula yang akan menjadi
pembaling.
4. Jarak
Jarak antara pembaling dan susunan kasut adalah dalam lebih
kurang 4 meter.

Peraturan Permainan Lempar Selipar


1. Permain tidak dibenarkan membuat balingan melebihi garisan yang
diberikan.
2. Penjaga tidak dibenarkan mematikan selipar dengan mengejar pihak
pembaling sambil membawa selipar. Selipar harus dibaling kepada
rakan lain untuk mematikan permain.
3. Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah
disusun oleh pembaling.
4. Pemenang akan dikira kepada pasukan yang dapat meyusun selipar
paling banyak.

Tempat Bermain
Permainan ini tidak memerlukan keluasan padang yang lebar atau luas.
Walau bagaimanapun ia bergantung kepada bilangan permain. Jika
bilangan pemain ramai, keluasan padang itu boleh di perbesarkan.
permainan ini juga tidak memerlukan padang sebesar padang bola sepak
kerana permainan ini memerlukan tektikal ketika bermain.

Contoh Perlawanan
Pusingan Kelayakan

Pusingan Akhir

Kump. A
Kump. B
Kump. B
Juara

Kump. C
Kump. C

Kump. D

S-ar putea să vă placă și