Pelanggan tempah kek pelik, ibu tunggal buat kek kubur

Mungkin bosan dengan kek berbentuk bulat atau bersegi, orang ramai mulai beralih kepada aneka bentuk unik dan pelik.

Kek berbentuk kubur antara kemahuan pelik yang ditempah pelanggan selain bentuk ular sawa batik, beruang panda dan jambanga bunga. — Foto ihsan Facebook/Mas Intan

Seorang pengusaha kek sambilan menerima tempahan kek berbentuk kubur, ular sawa batik, beruang panda dan jambangan bunga, lapor Harian Metro.

Norhaslinda Ahmad, 35, berkata kek ular sawa batik ditempah pencinta haiwan eksotik yang mahu membuat kejutan kepada tetamunya.

Beliau berkata bentuk kek yang pelik menyebabkan bahan makanan yang dihasilkannya menular di media sosial.

“Perasaan takut dikecam netizen setiap kali menghasilkan kek berbentuk pelik memang ada, namun adik memberi semangat,” katanya.

Ibu tunggal itu juga pernah diminta membuat kek berbentuk mangkuk tandas tetapi menolaknya demi menjaga sensitiviti masyarakat.

Beliau yang bercerai empat tahun lalu membuat kek sebagai pendapatan tambahan bagi menyara dua anak dan ibu bapa, warga emas.

 

Sumber: Projek MMO

Sumber Pelanggan tempah kek pelik, ibu tunggal buat kek kubur

Leave a comment