makan

Ini Cara Hasilkan Cakoi Rangup & Gebu Yang Mudah. Semudah ABC!

Cakoi plus kopi sambil layan tv...

Cover image via Hafiz Zam (Facebook)

Bosan dengan roti atau kuih untuk juadah petang? Apa kata tukar selera sikit, kita sediakan cakoi!

Cakoi yang rangup dan gebu di luar, empuk dan sedap di dalam emmm. Memang perfect buat minum petang bersama kopi atau teh! Tunggu apa lagi? Jom follow resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Hafiz Zam.

Bahan-bahan:

Bahan minyak bawang putih:
  • 80ml minyak
  • 5 ulas bawang putih
Bahan cakoi:
  • 1/2 sudu teh yis
  • 1kg tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Chicken stok secukup rasa
  • 550ml air
  • Minyak bawang putih

Cara penyediaan:

1. Gorengkan bawang putih dengan minyak yang panas. Tapiskan. 
2. Masukan semua bahan kecuali air. Gaul rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Taburkan tepung gandum atas permukaan meja yang bersih dan letakkan doh.
5. Rehatkan doh selama 20 minit.

6. Potong doh secara memanjang.
7. Bentukkan setiap doh menjadi 2 bahagian. Bahagian tengah letak air dan tekankan guna lidi.
8. Panaskan minyak dalam kuali.
9. Tarik panjang cakoi sebelum masukkan ke dalam kuali. Gorengkan dengan menggunakan api kecil. 

Siap dah cakoi yang rangup. Sedia untuk dihidang... Cicah dengan sangkaya pandan atau sambal. Nikmat!

Kredit resepi: Hafiz Zam

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang senang dan sedap?

Penat berperang di dapur? Jom tengok gajet yang functional ini:

You may be interested in: