makan

Lebih 10k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Pandan Keju Leleh Sedap & Gebu. Mudah Je!

Jom hasilkan Kek Kukus Pandan Cheese Leleh viral ini. Memang mantap!

Cover image via Ariana Sofia Ahmad

Kek kukus pandan yang gebu dan wangi memang enak dan digemari ramai. Lebih-lebih lagi jika dinikmati sambil mengopi. Layan!

Image via amazonaws.com

Kek kukus memang lebih sedap kerana hasilnya yang gebu dan lembut. Malah, lebih mudah untuk disediakan kerana anda tidak perlu menggunakan ketuhar. Sesuai sekali buat anda yang tidak mempunyai ketuhar di rumah.

Bukan itu sahaja, kek kukus pandan juga lebih enak jika dinikmati dengan topping keju leleh yang creamy dan lemak lemak manis. Memang heaven!

Untuk resepi Kek Kukus Pandan Keju Meleleh yang padu, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Ariana Sofia Ahmad yang telah mendapat sebanyak 10k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan kek

  • 5 biji telur (Gred B)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sudu kecil serbuk penaik
  • 1sudu kecil soda bikarbonat
  • 1sudu kecil cream of tartar
  • 1sudu kecil perisa pandan
  • 2 sudu kecil pewarna hijau epal
  • 5 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan topping

  • 300 gram keju krim
  • 1 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu segar
  • 125 gram keju cheddar

Ikuti cara-cara menyediakan Kek Kukus Pandan:

1. Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovalette.
2. Gaulkan sehingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat dan cream of tartar. Gaul sehingga adunan menjadi sebati dan tidak terlalu pekat.
Image via fbcdn.net
4. Masukkan minyak masak dan kacau laju menggunakan spatula. 
5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan penuhkan 1/2 bekas sahaja.
6. Kukus adunan kek selama 20 minit atau sehingga masak. Pastikan bekas kek ditutup supaya air kukusan tidak jatuh di atas kek.
7. Apabila kek sudah menjadi gebu dan tidak cair apabila digoyang, angkatkan kek keluar dari pengukus.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit dan terbalikkan bekas kek agar kek mudah untuk dikeluarkan.
9. Bahagikan kek kepada dua dengan memotong kek di bahagian tengah. Ketepikan.

Jom sediakan topping keju untuk kek pula:

1. Dalam mangkuk besar, gabungkan keju krim, susu segar, susu pekat dan whipping cream.
2. Gaulkan sehingga sebati.
Image via fbcdn.net
3. Masukkan campuran keju ke dalam beg paiping dan simpankan 1/4 dari adunan untuk topping paling atas sekali.
4. Letakkan topping keju di atas lapisan kek yang pertama.
5. Letakkan satu lagi lapisan kek dan tambahkan topping keju.
Image via fbcdn.net
6. Tambahkan susu kepada lebihan campuran keju (yang disimpan di langkah 3) dan gaulkan sehingga sebati.
7. Tuangkan 3-4 sudu campuran keju susu di atas kek.
8. Parutkan keju cheddar ke atas kek sebagai topping tambahan. 

Kek Kukus Panda Keju Leleh sudah siap untuk dinikmati. Meleleh air liur dibuatnya!

Resepi Kek Kukus Pandan Keju Leleh ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah sangat sedap. Gabungan kek pandan dengan topping keju krim menambahkan rasa mewah kepada dessert ini.

Apa yang menarik tentang resepi ini ialah setiap resepi akan menghidangkan 4 orang. Banyak dan berbaloi! Selamat mencuba. :D

Sumber resepi: Ariana Sofia Ahmad

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi kek yang mudah di sini:

Jom check out banyak lagi resepi kek di sini:

You may be interested in: