makan

Dapatkan Cakoi 'Colourful' & Istimewa Hanya Di Johor Bahru Untuk RM3 Je. Berbaloi Betul!

Jom nikmati cakoi yang unik dan murah hanya di Mr. Sam You Char Kway di Johor Bahru!

Cover image via @mrsamyoucharkway (Instagram)

You char kway, atau dikenali juga sebagai 'cakoi' sememangnya snek yang lazat untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja

Image via fbcdn.net

Walaupun pada kebiasaannya kueh ini dicicah dengan kaya atau atau susu soya, Mr. Sam You Char Kuay di Johor Bahru kini menyediakan pelbagai variasi moden kepada kuih cakoi ini.

Terdapat pelbagai topping yang disediakan dari Nutella hinggalah Peanut Butter, semuanya menarik sekali

Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah: 

Bukan itu sahaja, setiap satu cakoi dijual pada RM3 sahaja manakala cakoi biasa pula dijual pada RM2 untuk 3 keping.

Apa yang menarik tentang cakoi di Mr. Sam You Char Kway ialah setiap saiznya yang besar dan berpatutan dengan harganya. Malah, topping yang diberikan juga sangat memuaskan. Memang sesuai dinikmati bersama cakoi yang gebu dan flaky. Antara topping lain yang terdapat ialah oreo, cheese dan kacang.

Mereka juga menyediakan you char kway bersama inti savoury seperti Chicken Floss dan Mutton Beriyani

Apa yang menarik tentang snek jalanan ini ialah ia disediakan fresh dan dihidangkan panas-panas:

Selain itu, jika anda mempunyai sweet tooth, Mr. Sam You Char Kway juga menyediakan pelbagai pilihan donut yang menarik!

Anda teringin mencuba cakoi yang unik? Dapatkan info penuh Mr. Sam You Char Kway di sini:

Alamat: 101, Jalan Mahmoodiah, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi
:
Ahad, Isnin, Rabu, Khamis (12.30 tengah hari - 6.00 petang)
Tutup setiap hari Selasa, Jumaat dan Sabtu.

No. Telefon: +6013-786 9625

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan menarik di sini:

You may be interested in: