makan

Wanita Ini Kongsi Resepi Burnt Cheesecake Sedap Guna 5 Bahan Je. Patutlah Dapat 5k Shares!

Senang & puas je cara hasilkan resepi Kek Keju Hangus ini di rumah. Lagi puas!

Cover image via Norlela Abdullah / Facebook

Antara dessert yang trending baru-baru ini ialah Basque Burnt Cheesecake ataupun kek keju hangus

Jika pergi ke kafe, harga untuk sepotong Burnt Cheesecake pasti mahal. Tetapi untuk pengetahuan anda, resepi ini sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana anda hanya menggunakan 5 bahan. Bukan itu sahaja, resepi ini juga simple kerana anda tidak perlu menggunakan teknik water bath. Masuk dalam ketuhar sahaja, sudah siap!

Untuk resepi Basque Burnt Cheesecake yang hanya menggunakan 5 bahan, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Norlela Abdullah ini yang telah mendapat sebanyak 5.8k shares!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram keju krim (suhu bilik)
  • 300 gram gula halus
  • 7 biji telur
  • 500 gram whipped cream
  • 30 gram tepung gandum

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Sediakan bekas springform dan alaskan dengan kertas minyak (parchment paper).
  3. Balutkan bahagian luar bekas dengan pembalut aluminium pula.
  4. Putarkan cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan telur satu demi satu.
  6. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga kembang.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
  8. Masukkan kek ke dalam bekas springform yang dialaskan dengan kertas minyak.
  9. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap.
  10. Biarkan kek sejuk di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.
Tips tambahan: Pasangkan setting api ketuhar kepada atas dan bawah. Pastikan kipas ketuhar juga ditutup. 

Apabila Basque Burnt Cheesecake anda sudah siap, inilah hasilnya. Cantik, creamy dan sangat simple!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba banyak lagi resepi-resepi best di sini:

You may be interested in: