seismik

9 Perkara Tentang Mat Sabu Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

Lim Guan Eng kata Mat Sabu pandai masak kari kepala ikan!

Cover image via The Star Online

Satu barisan kabinet baru telah diperkenalkan dan YB Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang terkini

Jika anda masih samar-samar siapakah Mat Sabu, ini beberapa fakta menarik tentang beliau:

1. Mat Sabu dilahirkan pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Image via Rojak Daily

Beliau melanjutkan pengajian di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di UiTM.

2. Mat Sabu atau Abang Mat terlibat di dalam politik sejak tahun 1975

Pada ketika itu, beliau telah menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan seterusnya pada tahun 1981, beliau menyertai parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau merupakan seorang ahli politik yang kental dan berpengalaman, pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan juga jawatan terakhir sebagai Timbalan Presiden PAS.

3. Mat Sabu pernah menentang DS Anwar Ibrahim pada plihan raya 1986

Image via Blog kzso

Mat Sabu yang ketika itu bertanding untuk PAS telah menentang DS Anwar Ibrahim dari parti ABIM untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi beliau tewas.

4. Mat Sabu pernah dua kali ditahan ISA iaitu antara 1984-1986 dan 1987-1989 atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau

Sewaktu penahanan pertama, selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YB Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia kita sekarang.

Lihat video di bawah untuk tahu kisah perkenalan Mat Sabu dengan Lim Guan Eng:

5. Mat Sabu mula memenangi pilihan raya bermula tahun 1990 selepas beliau berhijrah ke kawasan Parlimen Nilam Puri, Kelantan

Mat Sabu telah menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal, bermula di Nilam Puri, Kelantan (P22) dari tahun 1990 sehingga 1995. Kemudian di Kubang Kerian, Kelantan (P24) dari tahun 1995 sehingga 1999, dan di Kuala Kedah, Kedah (P010) pada tahun 1999 sehingga 2004.

6. Pada tahun 2015, akibat kepincangan yang berlaku di dalam parti PAS, beliau telah keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama beberapa rakannya

Ketika Mat Sabu bertindak keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH yang berada bersama HARAPAN sekarang, ramai ahli-ahli PAS menggelarnya bermacam panggilan. Namun, Mat Sabu yakin akan pendirian beliau iaitu perlunya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama.

7. Ketika Mat Sabu menjadi ahli Parlimen sekitar era arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah dipuji oleh arwah kerana kelantangannya berhujah dalam Parlimen

Dikatakan ada menteri yang takut nak berlawan dengan kelantangan berhujahnya.

8. Penyertaan Mat Sabu dalam politik bukan calang-calang bahkan semua pernah dirasainya

Image via Selangor TV

Mat Sabu pernah meringkuk dalam ISA dan dibuang daerah, ditangkap puluhan kali dan didakwa atas pelbagai tuduhan serta mengalami kecederaan semasa demonstrasi di mana kakinya dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa ketika demontrasi BERSIH 2.0.

Selain itu, pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Komander Himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Kemudiannya Mat Sabu memimpin BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Himpunan Tolak GST dan banyak lagi.

9. Bukan sahaja lantang berhujah, Mat Sabu juga terkenal kerana mempunyai auranya tersendiri serta gaya penyampaian ceramah yang lain dari yang lain

Mat Sabu menganggap mandat sebagai Menteri Pertahanan merupakan satu cabaran besar buatnya, menurut laporan Astro Awani.

"Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan perkara yang perlu dilakukan serta cadangan yang bakal dikemukakan," katanya.

Mat Sabu merupakan antara calon yang bersinar sepanjang PRU14 berlangsung telah mendapat sokongan para netizen

Antara komen-komen para netizen di twitter:







Lagi cerita tentang Mat Sabu di Twitter oleh Rosman Nizar boleh dibaca di bawah:

We have faith in you Mat Sado.. eh Mat Sabu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. BACA SINI:

You may be interested in: